AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, June 4, 2009

Penduduk Manek Urai tidak terpengaruh lakonan pemimpin Umno

BESUT, 4 Jun (Hrkh) - Ketua Penerangan Umno, Dato' Ahmad Maslan diminta memperjuang nasib penoreh getah dengan mendesak kerajaan menaikkan harga komoditi itu dan bukannya berlakon menoreh getah bersama penduduk.

"Jangan pula berpura-pura dengan orang kampung menolong mereka menoreh getah sedangkan usaha untuk membantu pekebun getah ekoran penurunan harga bahan itu di pasaran tidak dilakukan.

"Carilah jalan bagi membela nasib penduduk kampung dengan menaikkan harga getah melalui kewujudan stok penimbal supaya harga getah lebih stabil," kata Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa.

Beliau berkata, gimik bersifat sementara sering kali diulang tayang pemimpin Umno setiap kali menjelang pilihan raya diiadakan semata-mata bagi mempengaruhi pengundi.

Sebuah akhbar semalam menyiarkan gambar Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menoreh batang getah bersama penduduk di Kampung Bukit Budu, Manek Urai.

Pilihanraya kecil Dun Manek Urai diadakan berikutan kematian Adun kawasan itu, Haji Ismail Yaakob 22 Mei lalu. Ekoran Suhanjaya Pilihan Raya menetapkan 14 Julai depan sebagai hari mengundi.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, penduduk di Manek Urai tidak mudah terpengaruh dengan lakonan yang dipamerkan pemimpin Umno.

Beliau juga berkata, Presiden Umno sepatutnya berfikir berkali-kali sebelum membuat keputusan meletak calon pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai memandangkan parti itu memulau pilihan raya di Penanti.

"Nampaknya pemimpin Umno takut di kawasan majoriti bukan Islam, sebaliknya di kawasan majoriti Melayu mereka berminat sangat," katanya ketika berceramah di Kampung Keluang, di sini malam tadi.

Mengenai kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak runtuh kata beliau kejadian malang itu membenarkan tuduhan orang ramai pemimpin Umno sering mengaut duit rakyat untuk kepentingan peribadi. - mj _

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009