AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, June 10, 2009

Pemilihan Ahli Majlis PBT: Majoriti Dikekalkan

SUBANG, 9 Jun – Sebahagian besar ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada pemilihan tahun lepas mungkin dikekalkan pada pemilihan akan datang.

Demikian kata Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mahu ahli majlis terdahulu diberi peluang untuk menonjolkan prestasi masing-masing berikutan mereka baru berkhidmat selama setahun.

“Kita telah memilih ahli-ahli majlis, dengan itu kita nak tahu sama ada mereka berkesan, apa hubungannya dengan Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Eksko Kerajaan Negeri”.

“Senarai sudah sedia tapi kita ada perbincangan, kita masih dalam pertimbangan”, kata Abdul Khalid Ibrahim ketika sidang media selepas mempengerusikan Seminar Pemantapan Penyampaian Perkhidmatan PBT Selangor di The Saujana, pagi tadi dekat sini.

Abdul Khalid memberitahu pemilihan ahli majlis baharu ini bakal diputuskan dalam tempoh satu bulan manakala senarai calonnya pula sudah ada namun ianya perlu mendapat persetujuan daripada Eksko Negeri dan Menteri Besar di samping pandangan daripada Ahli Parlimen dan ADUN.

Satu progam baharu bakal diumumkan pada Julai ini hasil daripada perbincangan dalam seminar tersebut.

Dalam ucapan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, beliau memberi penekanan kepada keberkesanan dasar dan pengurusan PBT dalam mencapai tahap penyampaian perkhidmatan yang dikehendaki oleh pelanggan iaitu rakyat Selangor yang terdiri daripada penduduk, peniaga, pemaju dan juga kakitangan awam kerajaan.

Sumber: Selangorkini

MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009