AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, June 6, 2009

PAS Mahu Jawatan Perdana Menteri



Jawatan Perdana Menteri hendaklah diberi kepada PAS sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan Barisan Nasional menurut Naib Presiden PAS, Husam Musa.

Beliau berkata PAS haruslah menjadi alternatif kepada Umno dan bukannya berada di bawah parti itu.

“Sekiranya PAS bekerjasama dengan Umno pemimpin kami akan diturun taraf kepada hanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Adalah menyedihkan jika PAS hanya memainkan peranan sampingan kepada Umno. Umno hanya akan menjadikan PAS sebagai kuda tunggangan,” kata beliau yang kalah kepada Nasharuddin Isa dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden semalam.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai kemungkinan mengadakan perbincangan mengenai penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata parti tersebut menolak sebarang rancangan membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno dan Barisan Nasional.

Bekas Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata Umno seharusnya bersedia untuk menarik diri daripada arena politik. Umno akan dikebumikan,” katanya.

Sumber: tvantara.com

4 comments:

Anonymous said...

Nak jawatan Perdana Menteri pulak.Lepas tu bagi tanah semua kat geng DAP dan orang melayu merempat.Entah-entah negara Malaysia dijual atau diberi percuma kepada Singapura kot,kawan baik Kit Siang.Tamak kuasa tak bertempat. PAS tak layak bergelar parti islam.Menjual maruah bangsa dan negara.

Anonymous said...

molek benor jika PAS dapat jawatan PM, DAP akan lebih respect dengan Melayu... nak jual tanah?? tanah Malaysia dah habis di jual UMNO, yang tinggal hanya sekangkang kera.. tak kemana pun dan YTL tak berminat lagi sebab tanah yang best best mereka dah dapat melalui UMNO..... UMNO bior berhijrah kealam barzah.... cukup lah...

Unknown on June 6, 2009 at 11:16 PM said...

Saya zmat bersetuju dengan kenyataan YB Husam.

Kita harus mengambil iktibar daripada krisis di Perak apabila yang melompat itu adalah calon MB daripada PKR yang dicadangkan oleh Anwar.

Kelana said...

Kpd Anonymous said.....June 6, 2009 10:46 PM.

Kau bodoh ke apa?? UMNO le yg gadaikan tanah pd bangsa lain. Laknat kau ni..

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009