AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, June 27, 2009

MB Sangkal Spekulasi Kosong Kerusi Parlimen Bandar Tun Razak

SHAH ALAM, 27 Jun - Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini menyangkal spekulasi bahawa beliau akan mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak untuk memberi laluan kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Zaid Ibrahim.

Menurutnya, isu untuk mengosongkan kerusi parlimen tidak pernah langsung dibincangkan di peringkat Biro Politik PKR (Parti Keadilan Rakyat).

“Biro-biro politik Keadilan tidak ada isu-isu seperti ini sebab saya rasa parti kita berpendapat sekarang bukan masanya untuk adakan pilihanraya atas apa jua sebab.

“Masanya belum sesuai. Ada sesetengah rakyat berasa tidak selesa kerana terlalu banyak diadakan pilihan raya”,katanya mereka(parti) juga perlu fokus kepada kerja-kerja yang dilakukan.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan berita online tempatan yang mendakwa kerusi Parlimen Bandar Tun Razak berkemungkinan akan dikosongkan untuk memberi laluan kepada Zaid bertanding selepas pilihan raya kecil Manek Urai Julai ini.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Selangor berkata apa pun keputusan di peringkat biro politik adalah keputusan bersama supaya mereka dapat memantapkan parti.

Sumber: SelangorKini Online

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009