AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, June 17, 2009

Manikavasagam : Kematian Ghana Mirip Kes Kugan



Ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam mendesak polis menjelaskan punca kematian tahanan, A.Ghana Prakasom di lokap kerana kes itu semakin mirip kematian A.Kugan yang dilaporkan mati akibat dipukul ketika dalam tahanan polis.

Manikavasagam adalah antara pemimpin dan aktivis masyarakat yang menghadiri pengkebumian Ghana di Damansara Damai.

Suasana pilu di rumah ini disulami dengan seribu satu persoalan di kalangan hadirin tentang kematian lelaki ini di Balai Polis Sri Damansara Selangor pada Ahad lalu.

Ghana di tahan empat hari sebelum itu. Mendiang telah memberitahu isterinya Jumaat lalu bahawa dia dipukul oleh anggota polis dalam tahanan. Sebelah matanya juga lebam.

“Ada banyak tanda tanya mengenai kes ini,” Manikavasagam memberitahu pemberita. “Kami mahu polis memberikan penjelasan yang telus mengenai apa sebenarnya berlaku,’ tambah beliau.

Manikavasagam berkata pihaknya sudah menyediakan barisan peguam untuk membantu keluarga mendiang mendapatkan pembelaan.

Ghana meninggalkan sorang isteri dan enam orang anak, termasuk seorang yang kurang upaya.

“Ini adalah satu kes yang serupa dengan Kugan, Seorang lagi tahanan mati dalam lokap dan ada tanda-tanda penderaan yang jelas. Jadi kami mahu polis memberi penjelasan bagaimana ini boleh berlaku.”

Kugan mati dalam tahanan polis 20 Januari lalu dan bedah siasat bebas menunjukkan beliau dibelasah teruk sejurus sebelum itu sehingga membangkitkan kemarahan rakyat pelbagai kaum terhadap kekejaman polis.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mendakwa ketika itu Kugan mati kerana paru-parunya dimasuki air.

Kali ini, Khalid mendakwa bedah siasat menunjukkan Ghana mati kerana keracunan darah akibat jangkitan bakteria dalam usus.

Manikavasagam mempertikaikan rumusan bingkas yang dibuat oleh Khalid.

“Ini memang kes pukul sebab ada banyak kesan luka pada badan dan kesan lebam di mata. Ada juga kesan dicucuk pada badan sebelum dijahit semula,” kata Manikavasagam. “Sebab itu kita mahu siasatan menyeluruh dijalankan.”

Beliau juga mepertikaikan bagaimana Khalid boleh membuat kenyataan mengenai punca kematian Ghana sebelum laporan rasmi bedah siasat diumumkan.

Sumber: tvanatara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009