AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, June 8, 2009

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat buktikan kemampuan

KUALA PERLIS, 8 Jun (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat berjaya membuka mata rakyat di negara ini di mana dalam tempoh setahun menerajui lima buah negeri, pelbagai program untuk rakyat berjaya dilaksanakan.

Penasihat Parti KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyatakan demikian dengan memberikan contoh kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor disertai oleh KeADILan, DAP dan PAS mampu mengadakan pelbagai program untuk rakyat yang tidak boleh dibuat oleh kerajaaan pimpinan Umno dulu.

"Sebagai contoh, kita mampu memberikan air percuma untuk rakyat, kalau di negeri yang Umno perintah mereka hanya boleh bagi air hujan percuma.

"Mengapa sekarang kita boleh buat? Dulu, sebab pemimpin tidak mempunyai keprihatinan kepada rakyat, sekarang dah ada. Apa istimewanya Pakatan Rakyat dengan kerjasama tiga parti, ini adalah jawapannya," katanya.

Anwar berkata demikian dalam ucapannya sempena majlis penyerahan borang keahlian KeADILan yang diadakan di rumah Omar Murad dekat sini baru-baru ini. Dalam majlis itu, seramai 630 yang terdiri dari bekas ahli Umno serta kaum bukan Melayu telah menyertai KeADILan di Perlis.

Mengulas tentang kemasukan beramai-ramai itu, Anwar menyifatkannya sebagai satu titik permulaan perubahan rakyat ke arah menumbangkan Umno/BN di Perlis.

"Hari ini adalah satu sejarah penting di Kuala Perlis dan di negeri Perlis ini. Ini akan menjadi satu permulaan gerakan rakyat ke arah perubahan seperti mana yang telah berlaku di negeri-negeri lain," ujarnya. - mks. _

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009