AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, June 12, 2009

1 Kampung 1 Produk Tingkat Pendapatan Ibu Tunggal

YB Yaakob Sapari (tengah) diberi taklimat ringkas kaedah penanaman cendawan yang digunakan di Kampung Sri Aman, Puchong.

YB Yaakob Sapari (tengah) diberi taklimat ringkas kaedah penanaman cendawan yang digunakan di Kampung Sri Aman, Puchong.

PUCHONG, 11 Jun - Projek pembangunan produk cendawan yang dilancarkan di Kampung Sri Aman, Puchong hari ini diharap dapat membantu meningkatkan pendapatan penduduk desa khususnya ibu tunggal.

Itu antara harapan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari ketika melancarkan Program Satu Kampung Satu Produk dekat sini, pagi tadi.

Program atas inisiatif kerajaaan negeri itu bertujuan untuk menambahkan pendapatan isi rumah terutama kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

“Dengan adanya program seumpama kita harap ianya dapat membantu rakyat Selangor untuk keluar dari belenggu kemiskinan khususnya bagi yang berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan”,katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Menandatangani dan Penyerahan Bangsal Cendawan kepada peserta program dekat sini, pagi tadi.

Beliau berkata, seramai enam peserta ibu tunggal dipilih untuk melaksanakan projek tersebut pada peringkat awal.

“Program seperti ini pertama kali diperkenalkan dan ianya memerlukan masa beberapa bulan untuk menentukan kejayaan pelaksanaannya”, katanya yang tidak menolak kemungkinan program yang disertai enam peserta itu bakal diperluaskan sekiranya projek itu berjaya.

Menurutnya, sebagai membantu para peserta terlibat kerajaan negeri dengan kerjasama Unit Perangcangan Ekonomi Negeri (UPEN) telah menyediakan sedikit dana untuk projek tersebut.

“Pihak UPEN telah menyediakan sebuah bangsal cendawan bersaiz 20′x 11′ serta 5,000 bongkah cendawan yang berharga RM 15,000 kepada para peserta”, katanya.

Bagi memantau projek itu, beliau berkata kerajaan negeri sudah melantik Mofamag Resources sebagai mentor untuk memberi khidmat nasihat berkaitan penanaman dan penjagaan cendawan”, katanya.

Sementara itu, Program Satu Kampung Satu Produk diperkenalkan kerajaan negeri hari ini bagi mewujudkan identiti produk bagi sesebuah kampung.

Program yang dilancarkan itu tidak dianggap semata-mata menyediakan pekerjaan sampingan atau sebahagian daripada program pembasmian kemiskinan tetapi sebagai salah satu bentuk perniagaan yang menjana pendapatan berterusan. - MURIZA ABDUL HAMID

YB Yaakob Sapari mencuba sendiri menyediakan medium penanaman cendawan dalam pelancaran Projek 1 Kampung 1 Produk.

YB Yaakob Sapari mencuba sendiri menyediakan medium penanaman cendawan dalam pelancaran Projek 1 Kampung 1 Produk - FOTO AHMAD FADHLI YAHYA


Sumber: Selangorkini Online

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009