AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, May 22, 2009

SPR peruntuk RM500,000 untuk Penanti



Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia memperuntukkan kira-kira RM500,000 untuk pilihan raya kecil N12 Penanti.

Setiausaha Datuk Ngah Senik berkata peruntukan kali ini memakan belanja yang lebih besar berbanding pilihan raya-pilihan raya lepas ekoran penambahan tenaga kerja manusia.

“Berdasarkan kepada pilihanraya Kuala Terengganu yang lepas, kos yang dianggarkan kira-kira RM300,000. Untuk pilihanraya Penanti, SPR menganggarkan kira-kira RM500,000,” kata Ngah.

Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar di Seberang Jaya hari ini.

Ditemui selepas taklimat proses pilihan raya Penanti, Ngah Senik berkata bilanganpetugas SPR ditambah kepada 450 orang untuk pilihan raya kali ini.

“Perbezaan kos mesti ada, kerana keperluan yang berbeza-beza. Logistik, kertas-kertas undi dan penambahan petugas yang untuk membantu pengundi dalam pilihanraya yang akan diadakan nanti,” kata Ngah.

Beliau juga menambah perubahan-perubahan dalam pilihan raya N12 Penanti adalah hasil pertemuan bersama parti-parti politik dan pemantau pilihan raya sebelum ini.

Daftar pemilih yang digunakan dalam pilihan raya kali adalah daftar yang telah dikemaskini secara semasa.(ihsan TV Mutiara)

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009