Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar pagi tadi memfailkan saman terhadap Speaker haram lantikan Barisan Nasional, Datuk R. Ganesan kerana tindakan yang dikatakan menghina beliau dan ekoran dikurung semasa semasa sidang DUN Perak 7 Mei lalu.
Sivakumar memfailkan saman itu pada pukul 11.45 pagi tadi di Mahkamah Tinggi Ipoh.
Semasa kekecohan sidang DUN yang dipanggil oleh BN, beliau yang juga ADUN Tronoh telah diheret dan dikurung di dalam bilik setor selama sejam oleh individu-individu yang dipercayai anggota polis.
Ini kerana media melaporkan terdapat kira-kira 100 orang yang tidak dikenali yang berpakaian lengan panjang dan bertali leher yang memasuki Dewan secara misteri dan terbabit dalam huru hara semasa sidang tersebut.
Sumber: tvantara.com
0 comments:
Post a Comment