AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, May 21, 2009

Selangor Iktiraf Peranan Media

PETALING JAYA – Kerajaan Negeri Selangor mengiktiraf peranan yang dimainkan media massa dalam liputan dan penyiaran berita di Malaysia khususnya di negeri ini.

Demikian kata Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Sambutan Hari Kebebasan Akhbar 2009 Peringkat Negeri Selangor yang disambut seluruh dunia pada 3 Mei lalu yang diadakan di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dekat sini baru-baru ini.

Katanya tugas yang digalas oleh wartawan dan editor bukan perkara mudah malah mereka digelar hamba moden yang bekerja mencari, menapis dan memilih peristiwa atau kejadian yang mempunyai nilai berita untuk disebarkan kepada umum saban hari.

“Kita menyedari betapa sebilangan wartawan dan editor tidak menikmati bayaran yang setimpal dengan tugas gigih mereka sepanjang hari dan itulah pengorbanan mereka termasuklah penjual surat khabar”, ujarnya lagi.

Tugas pencarian peristiwa dan penulisan cerita di samping memastikan kualiti terus terpelihara sememangnya meletihkan dan membosankan.

“Peranan mereka sewajarnya diingati dan dihargai.

“Bagaimana mungkin media dapat mempertahankan kerajaan yang telus dan bertanggungjawab sekiranya media tidak dibenarkan menyiarkan berita dengan bebas,” soalnya.

Dalam pada itu, katanya menurut Kumpulan Wartawan Tanpa Sempadan, Indeks Kebebasan Antarabangsa menunjukkan tahap kebebasan media massa di Malaysia terus menurun setiap tahun iaitu pada 2006 menurun dari kedudukan 92 kepada 124 pada 2007 dan terus turun kepada 132 pada 2008.

Tambahnya, negara kita masih menggunakan Akta Rasmi Rasmi (OSA) yang sudah lapok, sejak zaman British lagi, yang sepatutnya disemak dan disesuaikan mengikut peredaran zaman dan situasi negara kita.

“Budaya mengklasifikasikan setiap dokumen sebagai rahsia dianggap melampau kerana tidak semua dokumen mendatangkan mudarat kepada keselamatan negara dan justeru itu, tidak wajar disimpan daripada pengetahuan awam,” kata Abdul Khalid. - M.SAHRULNIZAM M.ZAIN

Tan Sri Abdul Khalid (tiga dari kiri) bersama Eksko Selangor pada Sambutan Hari Kebebasan Akhbar Peringkat Neger Selangor di Petaling Jaya. - M.SAHRULNIZAM M.ZAINAlign CenterTan Sri Abdul Khalid (tiga dari kiri) bersama Eksko Selangor pada Sambutan Hari Kebebasan Akhbar Peringkat Neger Selangor di Petaling Jaya. - M.SAHRULNIZAM M.ZAIN

Sumber: Selangorkini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009