AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, May 9, 2009

RTM Sekat Kritikan Keganasan Sidang DUN Perak



Tiga hari setelah mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri, Najib Razak pada majlis Malam Anugerah Wartawan Institut Akhbar Malaysia - Petronas 2008 di ibunegara 6 April lalu beliau menyaran agar media negara mengkritik kerajaan tanpa rasa takut dan berdasarkan kepada fakta.

Saranan beliau itu bukan sahaja mencakupi organisasi media bukan kerajaan malah harus dipatuhi oleh media kerajaan seperti RTM.

Tetapi malangnya media kerajaan seperti RTM masih berada dalam kerangka pemikiran lama - menutup apa sahaja saluran kritikan yang ditujukan kepada kerajaan.

Contohnya pagi tadi semasa rancangan Selamat Pagi Malaysia seorang pemanggil telah menyentuh mengenai keganasan yang dilakukan oleh pihak polis di dalam Dewan Undangan Negeri Perak semalam ketika memberi komen isu mat rempit.

Seorang pemanggil dari Perak antara lain menyalahkan peranan ibu bapa membimbing anak-anak dalam memberi kebebasan kepada anak mereka menunggang motorsikal pada usia amat muda.

Daripada isu mat rempit pemanggil tersebut bercakap pula mengenai isu pemimpin yang seperti sesetengah ibu bapa, tidak menunjukkan contoh yang baik.

Beliau mengaitkan kepada apa yang berlaku di DUN Perak dengan mengatakan kerajaan Barisan Nasional tidak memberi contoh yang baik kepada rakyat apabila ia mempamerkan kelakukan buruk, tidak bertamadun dan rakus semasa sidang DUN Perak.

"Ibu bapa sekarang tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Mereka seperti juga kerajaan sekarang yang tidak memberi contoh yang baik kepada rakyat. Contohnya apa yang berlaku di Perak, kami rakyat Perak pilih kerajaan yang baik, tapi mereka tukar kepada kerajaan yang..."

Belum habis bercakap talian beliau terus diputuskan oleh studio dan pengacara pun tersipu-sipu mengatakan "Terima kasih kepada pemanggil kita".

Nampaknya RTM masih bermain dengan politik lama yang sudah lama ditolak rakyat. Tidak mustahil RTMlah yang bakal menyebabkan Umno dan Barisan Nasional tersungkur terus pada Pilihan Raya Umum akan datang kalau beginilah budaya kerja yang masih mereka amalkan.

Cakap Najib hanya masuk telinga keluar telinga kiri kerana tidak mungkin RTM mampu membuat apa-apa perubahan paradigma daripada apa yang ia mahir selama ini - Rehat Tunggu Mati.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009