AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, May 26, 2009

Polis Tidak Benar Kula Segaran Dapatkan Ubat



Polis tidak membenarkan ubat dihantar kepada Ahli Parlimen Ipoh Barat yang ditahan bersama-sama 14 orang lagi ketika dalam perjalanan ke Mahkamah Tinggi Ipoh berhubung usaha memfailkan saman terhadap Dr Zambry Abd Kadir kerana memecat ketua kampung dan JKKKlantikan Pakatan Rakyat.

Difahamkan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungkai A. Sivanesan cuba memohon dan merayu kepada pengawal pintu masuk IPK Ipoh untuk menghantar ubat kepada M. Kula Segaran tetapi permintaan beliau ditolak.

Mereka yang ditahan sedang disoal siasat dan kemungkinan akan dibebaskan malam nanti.

Selain itu polis juga telah menahan lima orang pada majlis pelancaran puasa sunat dan mogok lapar di Wisma DAP di Ipoh pagi tadi. Kesemua yang ditangkap juga di bawa ke IPK Ipoh.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009