AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, May 22, 2009

Polis tidak ada kes untuk dakwa Lima Peguam

Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 22 Mei (SK) : Polis tidak membuat sebarang pendakwaan terhadap lima peguam yang di tahan semasa membuat perhimpunan secara aman di Ibupejabat Polis Brickfields pada 7 Mei lalu.

Lima peguam berkenaan ialah Fadiah Nadwa Fikri, Syuhaini Safwan, Puspawati Rosman, Ravinder Singh dan Murnie Hidayah Anuar - ditahan ketika cuba memberi bantuan guaman kepada kumpulan 14 orang yang ditahan mengadakan bantahan di depan balai tersebut.

Lima peguam tersebut, semuanya anggota pusat bantuan guaman Majlis Peguam Kuala Lumpur ditahan semalaman di lokap balai tersebut sehingga mencetuskan bantahan keras daripada badan profesional tersebut.

Tiada sebarang dakwaan akan dikenakan terhadap lima peguam dan 15 orang lagi yang ditahan pada 7 Mei lalu demikian menurut polis hari ini.

Mereka dimaklumkan mengenai perkara itu ketika hadir melapor diri di ibu pejabat polis daerah Brickfields pagi ini.

Mereka, tidak termasuk seorang lagi yang ditahan bersama kumpulan peguam tersebut, ditahan sewaktu menyertai perhimpunan nyalaan lilin sebagai tanda sokongan kepada jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) Wong Chun Huat.

Wong, juga pengerusi Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami), direman bawah Akta Hasutan di balai tersebut selepas menyeru orang ramai berpakaian hitam pada hari persidangan Dun Perak, 7 Mei lalu.

Pagi ini, peguam terbabit kecuali Puspawati yang mengendalikan kes di Shah Alam, tiba di balai polis berkenaan kira-kira jam 10.10 pagi.

Mereka ditemani peguam masing-masing termasuk Latheefa Koya, N. Surendran dan Lim Chee Wei dan kira-kira 20 orang peguam lagi turut hadir untuk memberi sokongan.

Turut hadir 20 orang awam, termasuk 15 yang ditahan pada hari sama dengan lima peguam terbabit.

Bagaimanapun, polis memaklumkan bahawa mereka tidak akan didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan haram mengikut Akta Polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid memberitahu media bahawa beliau terkejut melihat kehadiran peguam dan 15 orang terbabit di balai polis hari ini kerana mereka telah dimaklum mengenai keputusan tersebut semalam.

Sementara itu, Majlis Peguam, yang mewakili lebih 13,000 peguam di Semenanjung Malaysia, menuntut supaya Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein meletak jawatan kerana salahguna kuasa.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009