AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, May 14, 2009

Pihak Tertentu Bawa Masuk Senjata Api Dalam Sidang DUN Perak 7 Mei



Pakatan Rakyat mendakwa ada pihak tertentu membahayakan nyawa Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dengan membawa masuk senjata api secara haram semasa sidang DUN 7 Mei lalu.

Speaker V.Sivakumar menyifatkan perbuatan itu sebagai suatu yang amat serius kerana sebarang senjata api dilarang dibawa masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri.

Menurut Sivakumar jika dakwaan itu didapati benar maka ia adalah suatu yang amat mengejut dan membahayakan.

Beliau juga hairan bagaimana senjata api boleh diseludup masuk ke dalam Dewan sungguhpun peraturan memasuki DUN pada hari tersebut amat ketat.

"Kalau ada senjata api dalam Dewan mungkin akan membahayakan ahli-ahli berhormat maka kerana itu menjadi satu sebab kenapa senjata-senjata api tidak dibenarkan bawa masuk.

"Dalam keadaan perasaan marah dan emosi, bila ada senjata api kita tak tahu apa yang kita buat dan kemungkinan kita akan keluar dan terus tembak, it is very dangerous,"jelas beliau.

Beliau menjelaskan satu bilik khas memang disediakan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bagi ADUN dan anggota polis menyimpan senjata api masing-masing sebelum memasuki Dewan.

Sehubungan itu Exco Pakatan Rakyat Nga Kor Ming berkata beliau tidak dapat membayangkan bagaimana individu yang tidak dikenali berjaya membawa masuk senjata api ke dalam Dewan.

"Kita mendapati satu perkara yang amat mengejutkan seluruh dunia di mana terdapat pihak yang telahpun disyaki membawa senjata api masuk ke dalam bangunan Dewan Undangan Negeri. Ini adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan semua parlimen seluruh dunia dan tidak pernah berlaku di mana-mana negara demokrasi," kata beliau.

Nga juga hairan bagaimana kumpulan orang yang tidak dikenali dan berlagak seperti samseng melolos masuk ke dalam DUN tanpa pas kebenaran sedangkan laluan keluar masuk Dewan dikawal ketat.

Beliau bercadang untuk membuat laporan polis setelah mengambilkira kesalahan itu sebagai amat serius dan bagi mempastikan kejadian seperti itu tidak lagi berulang pada masa depan.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009