Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mendesak Mufti Perak, Harussani Zakaria supaya meletakkan jawatan berikutan kenyataan beliau dalam sebuah majalah yang disifatkan sebagai berbaur perkauman dan tidak sensitif terhadap perasaan golongan bukan Islam di negara ini.
Mufti yang dilihat sebagai pro-Umno itu dikatakan membuat kenyataan tersebut dalam satu temubual yang disiarkan dalam majalah Milenia Muslim (MM) keluaran Mei 2009 THN 7 Keluaran 82.
Dalam temubual tersebut, Harussani didakwa cuba membangkitkan api perkauman di antara kaum di Perak dan Malaysia amnya.
Dalam temuramah itu beliau berkata,"Kalau kita mengasihi orang kafir itu haram. Kita boleh berbaik dengan orang kafir tapi kita tidak boleh berkasih sayang dengan orang kafir. Kenapa kita lebih menyayangi orang kafir daripada sayang orang Islam? Orang Islam kita sanggup maki hamun, orang kafir kita berpeluk-peluk pula."
"Macam kes Elizabeth Wong memang dia jelas buat maksiat. Kenapa Ketua Muslimat PAS peluk sampai menangis, dan macam mana Nik Aziz (MB Kelantan) boleh menyokong isu ini. Sedangkan kita tahu mereka tidak akan sokong Islam. Tengok saja Ketua DAP kata: "langkah mayat saya dulu," ketika beliau ditanya apakah penyelesaian terbaik antara Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin dan "Menteri Besar Mahkamah", Dr Zambry Abd Kadir.
"Rata-rata kenyataannya bersifat "racist" dan tidak memikirkan perasaan rakan-rakan bukan Islam. DPPN Pk ingin menegaskan bahawa Perlembagaan Malaysia jelas menerangkan Islam adalah agama rasmi dan agama lain bebas untuk diamalkan. Begitu juga hak kaum-kaum lain untuk hidup saksama dinegara tercinta ini," kata Setiausaha DPPN Pk, Dr Raja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataan media beliau yang dikeluarkan semalam.
Kenyataan itu juga menyatakan DPPN Pk kesal dengan tindak-tanduk Mufti Perak yang kelihatan selesa menjadi boneka dan talian hayat UMNO Perak kerana sering mengeluarkan kenyataan yang memihak kepada Umno dan Barisan Nasional.
"Sifat kepura-puraan Dato’ Seri Mufti Perak sangat dangkal dan menyedihkan rakyat dan umat Islam Perak dan Malaysia amnya.
"Dengan itu DPPN Pk mencabar Dato’ Seri Mufti Perak untuk meletakkan jawatannya dan secara ‘gentleman ilmu’ bertanding di mana-mana kerusi pilihan raya di Perak mewakili Umno-BN jika benar-benar mahu melihat Islam tertunggak di Perak. Hentikan kenyataan-kenyataan berlapik yang membela Umno-BN," tegas Dr Raja Ahmad lagi.
Sumber: tvantara.com
1 comments:
sekarang baru mufti perak dedahkan siapa diri sebenarnya, dulu dia sembunyi sebab ameno masih berkuasa ,hati dia bersama ameno yg menentang hukum islam yg pas nak laksanakan,tiada bezanya antara ameno dan kafir yg tak setuju dgn hukum islam,lagi pun dia dah lama jadi mufti, berhenti sajalah bagilah peluang pada org lain yg lebih muda yg berfikiran lebih terbuka macam dr asri,jgn otak asyik terperap dgn ameno yg penyokongnya hanya dikalangan org2 tak ada gigi kata mat sabu
Post a Comment