AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, May 30, 2009

PAS Lancar Jentera Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai



Suasana pilihan raya di kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai kini semakin rancak. PAS telah melancarkan jentera kempennya semalam di Kampung Manek Urai Baru.

Pelancarannya disempurnakan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kira-kira jam 3 petang bertempat di bangunan Pasti.

Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, sebelum itu Menteri Besar akan menunaikan solat Jumaat bersama penduduk di Laloh.

"Pada pelancaran jentera tersebut juga akan diadakan majlis penyampaian pampasan skim Takaful Kifalah kepada 50 keluarga warga emas yang telah meninggal dunia," katanya di sini.

Sementara itu Umno juga mulai berkempen dengan naik turun rumah penduduk.

Seorang penduduk di Kampung Chuchuh Puteri mendakwa petugas Umno terbabit menawarkan mesin menebas dan pam racun secara percuma kepada mereka.

Katanya, penduduk juga dijanjikan dengan pelbagai bantuan lain dengan syarat memberi sokongan kepada Barisan Nasional pada pilihan raya kecil 14 Julai depan.

Hari penamaan calon pilihan raya tersebut pula pada 6 Julai. Pilihan raya terbabit diadakan berikutan kematian ADUN, Haji Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009