AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, May 14, 2009

Nizar Tetap Menteri Besar, Kosongkan Pejabat Hormat Keputusan Mahkamah



Krisis politik Perak tidak nampak jalan keluar dalam masa terdekat apabila Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta barisan Exco Pakatan Rakyat mengosongkan
pejabat mereka di Bangunan Perak Darul Ridzuan kurang lapan jam setelah melapurkan diri untuk bertugas semula.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tingggi semalam.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah sejak beliau dilantik pada 17 Mach 2008 dan memerintahkan Zambry dan enam Exco Barisan Nasional mengosongkan jawatan dan pejabat masing-masing berkuat kuasa serta merta.

Semalam Dr Zambry dan enam Exco BN mengosongkan jawatan dan pejabat masing-masing setelah pengumuman keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

Antara tindakan awal Dr Zambry ialah membatalkan keputusan Nizar dan Exco menggantung Setiausaha Kerajaan dan Penasihat Undang-Undang Negeri dan mengekalkan semua keputusan BN yang dibuat sebelum ini.

Dalam reaksi beliau kepada keputusan Mahkamah Rayuan itu, Nizar berkata banyak persoalan kini timbul daripada keputusan iut antaranya adakah status keputusan Mahkamah Tinggi yang diumumkan semalam.

"Kita tetap berpegang kepada keputusan Mahkamah Tinggi dan saya masih Menteri Besar yang sah. Keputusan Mahkamah Rayuan telah menimbulkan kekeliruan dan tidak membantu menyelesaikan kemelut politik negeri Perak," kata beliau pada sidang akhbar yang di adakan di ibu pejabat DAP Perak yang bterletak berhadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Sebelum itu Nizar yang bertemu media di pejabat beliau untuk seketika sebelum bermesyuarat dengan beberapa pegawai tinggi kerajaan negeri Perak berkata apa jua tindakan undang-undang yang diambil kedua-dua belah pihak mestilah mempunyai keikhlasan dan kesungguhan untuk memecah kebuntuan kemelut politik Perak yang membelenggu negeri itu sejak lebih tiga bulan lalu.

"Satu-satu penyelesaian kepada masalah yang berpanjangan ini ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak," kata Nizar yang mewakili prinsip dan pendirian tetap Pakatan Rakyat Perak yang mahukan DUN dibubarkan seberapa segera supaya pilihan raya negeri yang baru dapat diadakan.

Melalui pendekatan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan negeri pilihan mereka sendiri sahajalah masalah krisis politik yang telah mengaitkan perlembagaan Perak dapat diselesaikan sevcara muktamad kata Nizar lagi.

Rakyat Perak kini diselubungi perasaan resah dan gelisah melihat kepada masalah politik yang berpunca daripada rampasan kuasa yang didalangi oleh BN 5 Februari lalu yangh meletakkan Dr Zambry sebagai Menteri Besar yang dipertikaikan keabsahannya di sisi undang-undang.

Kegelisahan ini dapat dilihat secara jelas daripada reaksi anggota media yang ramai berkumpul di Ipoh sejak semalam.

Ramai daripada mereka mengharapkan agar DUN Perak dibubarkan kerana ini akan menyenangkan tugasan mereka sebagai wartawan.

""Boring"lah asyik kena "cover" sidang akhbar pasal keputusan saja. Hari ini satu pihak akan dapat keputusan yang menyebelahi mereka dan satu pihak lagi akan tidak berpuas hati. Pihak yang tidak berpuas hati itu pula pergi ke mahkamah yang lebih tinggi dan membuat rayuan. Selepas mendapatkan keputusan mahkamah yang menyebelahi mereka pula pihak yang satu lagi akan bertindak membuat rayuan sekali lagi ke mahkamah lain.

"Proses ini akan berulang-ulang sehingga kami pun dah naik bosan membuat liputan. Macam dah tidak ada kerja lain," rungut seorang anggota media daripada sebuah akhbar tempatan.

Mungkin itulah sentimen rakyat Perak yang sudah di serang "political fatigue" justeru seruan Pakatan Rakyat suoaya DUN dibubarkan segera mempunyai merit yang kuat dan kukuh.

Sebelum itu Exco Kanan, Datuk Ngeh Koo Ham dalam sidang akhbar di pejabat Menteri Besar mengumumkan beberapa keputusan penting yang dibuat pada mesyuarat Exco pagi tadi.

Antaranya Menteri Besar mengarahkan semua Exco supaya turun ke padang meneruskan khidmat mereka kepada rakyat dan melipat gandakan usaha menyelesaikan masalah rakyat yang tertangguh sejak tiga bulan lalu.

"Kita mahu Exco bekerja keras menyelesaikan semua rancangan pembangunan yang telah tertangguh sejak BN merampas kuasa dan Menteri Besar mahu semua masalah tertunggak diselesaikan segera," Ngeh berkata.

Beliau juga mengumumkan bagi pihak Nizar berhubung majlis angkat sumpah jawatan 342 ahli majlis daripada 14 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ngeh berkata kesemua ahli majlis akan mengangkat sumpah seawal-awalnya esok.

Begitu juga dengan surat kepada 817 ketua kampung akan dikeluarkan bagi mengekalkan jawatan mereka dan memberi elaun khidmat yang tertunggak sejak Februari tahun ini.

"Langkah kerajaan negeri Pakatan Rakyat memberi geran kekal kepada kamoung tersusun dan kampung baru akan juga diteruskan," kata beliau lagi.

Ngeh juga mengumumkan beberapa langkah bagi meningkat tahap ekonomi penduduk Perak termasuk meneruskan Terminal Bas Ipoh sertab menarik lebih banyak syarikat penerbangan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.

"Kerajaan juga akan mengurangkan kadar letak kereta darioada 40 sen kepada 30 sen sejam di 10 PBT," kata beliau lagi.

Universiti Premier berhamoiran Gua Tempurung akan memulakan operasi dengan peengambilan pertama seramai 2,000 pelajar Julai ini.

Ngeh juga memgumumkan berapa progam yang bersangkutan dengan bidang pelaburan dan sukan.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009