KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Tanpa lengah dan berhajat lama untuk mempertahankan kuasa Menteri Besar, Dato' Seri Nizar Jamaluddin dengan segera melafazkan janji untuk mengadap Sultan bagi mencadangkan pembubaran DUN Perak bagi mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih kerajaan mereka sendiri.
Ini merupakan sikap seorang yang tidak tamakkan kuasa dan berpegang janji kepada rakyat.
Demikian dinyatakan oleh Speaker Dun V. Sivakumar dalam laman blog peribadinya tentang kepimpinan yang ditunjukkan oleh Nizar yang sangat dihormatri oleh rakyat.
"Beliau terbukti seorang 'gentleman'. Inilah janji yang diberikan oleh Pakatan Rakyat. Pakatan rakyat mahu kuasa dikembalikan kepada rakyat. Kata telah dikotakan oleh DS Nizar.
"Beliau telah menunjukkan sikap jujur dan berani dalam menghadapi pilihanraya. Beliau berpegang kepada prinsip-prinsip perjuangannya. Beliau percaya kepada kuasa rakyat dan sistem demokrasi yang tulen," katanya.
Ini jelas katanya membuktikan bahawa beliau tidak gilakan kuasa dan sebab itulah rakyat Perak semakin menyayangi dan menghormati beliau kerana mempunyai semua ciri murni untuk menjadi seorang pemimpin yang paling berkarismatik di negara ini. - azm _
0 comments:
Post a Comment