AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, May 14, 2009

Nizar Fail Permohonan Ketepikan Perintah Pembekuan Keputusan Mahkamah Tinggi



Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan Putrajaya bagi mengenepikan perintah yang diperolehi oleh Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir daripada mahkamah yang sama semalam.

Mahkamah Rayuan membuat keputusan membenarkan permohonan Dr Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu yang mengesahkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah sejak daripda tarikh beliau dilantik ke jawatan itu pada 17 Mach 2008.

Dalam permohonan tersebut Nizar dipercayai telah meminta supaya permohonan beliau didengar oleh panel tiga hakim.

Peguam Nizar, Grace Wong berkata mahkamah telah mentapkan 18 Mei untuk mendengar permohonan beliau.

Walaupun Zambry dan Exconya bertugas semula di pejabat mereka masing-masing pagi tadi, status beliau hanya dianggap sebagai penjaga atau "caretaker" kepada kerajaan negeri sehinggalah selesai semua isu-isu yang dipertikaikan terutama sekali kedudukan Menteri Besar.

Nizar sebelum ini menegaskan beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah berdasarkan kepada keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009