AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, May 18, 2009

Nasihat Tuan Guru buat saya tenang : Eli

Anna Yusof

KETEREH, 18 Mei (SK) : Exco Pelancongn Negeri Selangor Elizabeth Wong mendedahkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor banyak menerima tekanan pelbagai pihak termasuk Umno dan golongan kapitalis sejak memerintah negeri terbabit.

Bagaimanapun katanya, tekanan itu tidak mematahkan semangat kerajaan yang sentiasa menyedari mendapat sokongan padu rakyat.

“Kerajaan Selangor mendedahkan ada pihak mengadu sukar melaksanakan projek di negeri terbabit kerana tidak ada budaya suapan sejak diterajui kerajaan Pakatan Rakyat,” kata Elizabeth dalam ceramah beliau di Kelantan semalam.

Beliau berkata, ketelusan yang diamalkan menyebabkan budaya suapan yang berleluasa di bawah kerajaan terdahulu tidak lagi berlaku sekarang.

Katanya, budaya suapan tidak berlaku kerana pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah menggunakan wang rakyat untuk tujuan peribadi seperti makan angin ke Disneyland atau jumpa Mickey Mouse dan Donald Duck.

“Tapi wang rakyat digunakan untuk rakyat. Contohnya kerajaan negeri mengadakan skim Takaful untuk warga emas seperti dilaksanakan di Kelantan.

“Kerajaan Selangor juga akan menubuh tabung khas bayi baru lahir. Dan apabila usianya meningkat 18 tahun mereka boleh keluarkan tidak kurang dari RM1,500,” katanya pada ceramah di Taman Puspa, Kok Lanas, malam semalam.

“Kita tidak takut kepada sebarang tekanan. Kita dipilih oleh rakyat. Maka amanah rakyat menjadi kewajipan kita. Tidak ada sebab untuk takutkan kepada tekanan,” jelasnya.

Menurutnya juga keseluruhan rakyat Selangor menerima baik kerajaan sekarang kerana banyak membawa pembaharuan kepada kestabilan tanpa mengira kaum.

Pada ceramah itu beliau melahirkan rasa terharu di atas nasihat Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika beliau berdepan dengan peristiwa mengaibkan peribadinya sebelum ini.

“Nasihat Tuan Guru membuatkan saya merasa tenang menghadapi segala dugaan dan cabaran,” Kata Eli lagi.

“Saya akan ingatkan nasihat Tuan Guru selama-lamanya. Benar kata Tuan Guru, sabar itu separuh daripada iman. Saya terima hakikat itu dengan penuh keyakinan,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman, Naib Yang Dipertua Pas Ketereh, Senator Ahmad Rusli Ibrahim dan Pengerusi Kelab Penyokong Pas Pusat, Hu Pang Chaw.

Sumber: Suara Keadilan Online

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009