AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, May 21, 2009

Mahkamah Persekutuan Tetap 30 Julai Dengar Rayuan Anwar

Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 30 Julai untuk mendengar rayuan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar keputusan berkaitan kesahihan pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 1998.

Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Anwar atas fakta yang diberikan beliau mempunyai kuasa mutlak kerana Perdana Menteri yang membuat lantikan, justeru beliau juga berhak memecat.

Bagaimanapun Anwar memfailkan saman terhadap Dr Mahathir berdasarkan pemecatan itu berlawanan dengan prosedur.

Mahkamah Persekutuan akan bersidang untuk mendengar rayuan Anwar berhubung pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

Anwar mencabar kesahihan pemecatan tersebut kerana ianya tidak menuruti lunas Perlembagaan.

Sebelum itu beliau mengemukakan saman terhadap keputusan Dr Mahathir tersebut tetapi diketepikan.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009