Menatap gambar di sebelah ini, seakan tiada apa yang tidak kena. Namun selepas diamati betul-betul, ternyata memang sudah tidak syak lagi bahawa memang ia menjatuhkan dan mencemarkan imej negara di mata dunia sebenarnya. Sebagai seorang isteri pemimpin dari negara Islam Hadhari, Rosmah Mansor telah gagal "menutup aurat" iaitu satu kewajipan kepada tia-tiap wanita Islam. Bahkan haram hukumnya bagi para wanita yang mendedahkan aurat. Apakah mufti-mufti dan ulamak di negara ini tidak sedar dan tidak mahu cuba menegur imej isteri Najib Razak itu agaknya?. Atau mereka lebih rela berdiam diri demi mencari sesuap nasi di bumi ini. Apakah jika menegur sesuatu yang sudah termaktub di dalam kitab Al-Quran itu boleh dianggap salah dan akan dihukum dengan seberat-berat hukuman?. Atau, mungkin juga mereka semua tidak sanggup untuk kehilangan pekerjaan. Apakah dunia lebih dipandang dari akhirat yang kekal abadi buat selamanya. Inilah yang dikatakan "ulamak dunia", hanya mampu melihat dan memendamkan rasa sahaja. Apakah yang bakal mereka jawab nanti di akhirat kelak. Apakah mereka sanggup berkompromi dengan pemerintah yang kononnnya Islam dari negara Islam Hadhari yang tidak melaksanakan Islam itu sendiri. Kuasa yang sudah ada, namun dibiarkan sewenang-wenangnya. Inilah imej sebenar ulamak di Malaysia hari ini. Takut dan menikus dari menyatakan pandangan serta teguran terutamanya kepada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri.
Bukan Rosmah sahaja yang tidak menutup aurat. Sebenarnya ramai lagi pemimpin wanita UMNO yang berimej demikian sebenarnya. Namun, amat mengecewakan bilamana Rosmah Mansor gagal untuk melaksanakan tuntutan Islam itu hatta dalam majlis yang bercorak Islamik itu sendiri. Ini kerana mengikut laporan media gambar yang diambil itu adalah ketika "NAJIB dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor diberi penerangan Pembantu Kurator Muzium Kesenian Islam Malaysia, Adline Abdul Ghani mengenai Maqamat Al-Hariri selepas merasmikan Galeri Khas 2 Muzium Kesenian Islam Malaysia, semalam". Bukankan beliau sedang berada di Muzium Kesenian Islam Malaysia, maka seharusnya sebagai isteri pemimpin Islam beliau wajar berimejkan wanita Islam itu sendiri atau setidak-tidaknya mengenakan tudung kepala ala "Rafidah Aziz" dan "Shahrizat Jalil". Namun, nampaknya Rosmah telah gagal melaksanakan tanggungjawab itu. Ini juga bermakna Najib Razak telah gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin Islam untuk menyuruh dan membimbing isterintya menutup aurat. Apakah pula hukumnya mereka yang melantik dan memilih beliau berkuasa itu. Bukankah, dosanya juga akan terpalit kepada mereka yang memilih pemimpin terbabit. Justeru itu renung-renungkanlah wahai sahabatku semua. Ingatlah, bahawa segalanya ini bukan omongan kosong belaka. Cubalah bertanya kepada menteri agama mereka seperti Dr.Mashitah Ibrahim atau Mejar (B) Jamil Khir Baharom yang baru dilantik itu. Apakah hukumnya jika seorang wanita Islam itu mendedahkan auratnya (Rambut) dikhalayak ramai?.
[Najib berkata ADUN Pakatan Rakyat telah memalukan imej negara dengan insiden yang berlaku dalam sidang DUN Perak baru-baru ini. Soalnya sekarang, mana yang lebih malu bila seorang isteri pemimpin Islam dunia tidak menutup aurat dikhlayak ramai. Apakah hukumnya?. Malah, imej negara yang sudah tercemar dengan pendedahan penglibatan Najib Razak dalam kes Altantunya dalam beberapa buah akhbar sebelum ini pun masih belum dibersihkan dan dijawab oleh beliau. Malah, tindakan najib yang enggan menyaman akhbar-akhbar terbabit jelas sekali telah menjatuhkan imej negara sebenarnya. Justeru itu, beliau tidak boleh menyalahkan ADUN Pakatan Rakyat kononnya menjatuhkan imej negara selagi imej dirinya masih belum pulih dimata rakyat dan juga dunia].Bukan Rosmah sahaja yang tidak menutup aurat. Sebenarnya ramai lagi pemimpin wanita UMNO yang berimej demikian sebenarnya. Namun, amat mengecewakan bilamana Rosmah Mansor gagal untuk melaksanakan tuntutan Islam itu hatta dalam majlis yang bercorak Islamik itu sendiri. Ini kerana mengikut laporan media gambar yang diambil itu adalah ketika "NAJIB dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor diberi penerangan Pembantu Kurator Muzium Kesenian Islam Malaysia, Adline Abdul Ghani mengenai Maqamat Al-Hariri selepas merasmikan Galeri Khas 2 Muzium Kesenian Islam Malaysia, semalam". Bukankan beliau sedang berada di Muzium Kesenian Islam Malaysia, maka seharusnya sebagai isteri pemimpin Islam beliau wajar berimejkan wanita Islam itu sendiri atau setidak-tidaknya mengenakan tudung kepala ala "Rafidah Aziz" dan "Shahrizat Jalil". Namun, nampaknya Rosmah telah gagal melaksanakan tanggungjawab itu. Ini juga bermakna Najib Razak telah gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin Islam untuk menyuruh dan membimbing isterintya menutup aurat. Apakah pula hukumnya mereka yang melantik dan memilih beliau berkuasa itu. Bukankah, dosanya juga akan terpalit kepada mereka yang memilih pemimpin terbabit. Justeru itu renung-renungkanlah wahai sahabatku semua. Ingatlah, bahawa segalanya ini bukan omongan kosong belaka. Cubalah bertanya kepada menteri agama mereka seperti Dr.Mashitah Ibrahim atau Mejar (B) Jamil Khir Baharom yang baru dilantik itu. Apakah hukumnya jika seorang wanita Islam itu mendedahkan auratnya (Rambut) dikhalayak ramai?.
Sumber: Pahang Daily Online
0 comments:
Post a Comment