AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, May 15, 2009

Kerajaan Negeri bantu kendali Pusat Khidmat DUN Pelabuhan Klang



Kerajaan Negeri melalui Pejabat Menteri Besar Selangor akan mengendalikan Pusat Khidmat Masyakarat Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hashim Abdullah yang dilaporkan tidak sihat.

Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Yaakob Sapari berkata beberapa Adun dari Parti KeADILan Rakyat, diketuai Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad akan mengendalikan Pusat Khidmat berkenaan.

Yaakob yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Selangor berharap kerjasama serta bantuan yang diberikan itu dapat menyelesaikan rungutan serta masalah yang dihadapi penduduk di Pelabuhan Klang.

“Dia kata tak berapa sihat, jadi dengan bantuan ini, kita akan yakin dapat memberi khidmat lebih baik kepada penduduk. Kita bekerja dalam satu pasukan dan kalau ada pemain yang lemah, kita akan bersama dan rakyat akan mendapat yang terbaik untuk bersama kita,” katanya.

Beliau mengulas beberapa aduan penduduk bahawa Adun terbabit tidak turun padang dan melaksanakan janji-janji yang telah dibuat.

Pada Februari lalu, Badrul menjadi tumpuan apabila digembar gemburkan oleh pihak tertentu bahawa beliau akan keluar parti, bagaimanapun badrul menafikan perkara itu.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009