Pakatan Rakyat tidak mencari kemenangan pada pilihan raya hanya untuk mendabik dada, sebaliknya untuk membawa pembaharuan dalam urus tadbir yang mampu membela segenap lapisan rakyat. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS dan Pakatan Rakyat sedang berjuang untuk menumpaskan politik perkauman sempit UMNO-Barisan Nasional yang diselubungi rasuah dan penyelewengan kuasa. . Justeru, bagi Pakatan Rakyat, tidak timbul soal enggan bertanding pada sesuatu pilihan raya atas kepentingan politik, Hadi memberitahu kira-kira 4,000 orang di Guar Perahu, Permatang Pauh malam tadi. . “Kepada kita, lawan tetap lawan. Menang pun kita lawan, kalah pun kita lawan. Kita sanggup rebah bangun dalam membela rakyat. Kita tidak mahu menjadi satu parti yang hanya bertanding jika ia menang sahaja, jika kalah, melarikan diri – parti oportunis yang hanya mencari kesempatan,” tegas beliau. Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak mengambil keputusan bersejarah tidak bertanding pada pilihan raya kecil Penanti, setelah parti itu kalah pada keempat-empat pilihan raya kecil di Semenanjung semenjak pilihan raya umum Mac tahun lalu. Hadi berkata walaupun UMNO tidak bertanding, namun kesan angkara BN keatas masyarakat, ekonomi dan sistem kerajaan amat kuat dirasakan. “Walaupun tidak ada calon BN dalam pilihan raya kecil ini, namun roh BN masih ada. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan para pengundi dan Pakatan Rakyat untuk menghidupkan demokrasi. “Manusia ada hati dan nurani. Manusia tidak dapat disatukan dengan aspek ekonomi dan identiti kaum atau negara sahaja. Manusia hanya dapat disatukan jika pemimpin mereka adil dan mentadbir dengan cara yang sewajarnya,” tambah Hadi. Hadi berkata kemenangan politik yang dicari oleh Pakatan Rakyat bertujuan untuk membawa negara keluar daripada kancah salah laku UMNO-BN. “Parti yang lemah ini (UMNO-BN), tidak mampu menangani masalah yang sedia ada. Pentadbiran yang penuh dengan penyakit rasuah, pilih kasih, dan yang paling malang tidak mampu menangani krisis ekonomi yang melanda dunia hari ini. “Hari ini mereka menonjolkan slogan 1Malaysia. Sebelum ini slogan mereka adalah bersih, cekap dan amanah. Bersih tak jadi bersih. Cekap jadi cekup, amanah jadi punah-ranah. Selepas itu Islam Hadhari…dimana Islam Hadhari?” tambah beliau. Sumber: tvantara.com |
Arkib Blog
Monday, May 25, 2009
Hadi: Pakatan mahu bawa rakyat keluar dari kemelut angkara BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment