BUKIT MERTAJAM, 23 MEI (SK) - KEHADIRAN empat calon bebas pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti adalah sesuatu yang dijangkakan serta perkara biasa, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Kata Lim, beliau tidak menolak kemungkinan calon bebas ini adalah tajaan ataupun didatangkan dari Umno.
“Ini merupaksan satu situasi yang dilahirkan oleh Umno dan merupakan satu perkara yang normal, ia seperti BN tanding atau tidak, ianya perkara biasa,” katanya lagi.
Tambah Lim lagi, sekiranya Barisan Nasional kehilangan kuasa pada pilihanraya ke 13 depan ianya juga adalah perkara biasa berikutan dengan kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan semenjak pilihanraya Mac 2008.
“Kalau BN kalah 2/3 pun adalah biasa dan sekiranya BN hilang kuasa pada Pilihanraya Umum nanti juga, adalah perkara biasa,” katanya lagi
0 comments:
Post a Comment