AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, May 29, 2009

Bangunan Jaya Supermarket Runtuh, 1 Mati, 6 Terperangkap



Bangunan Jaya Supermarket runtuh, 1 mati, 6 terperangkap

Seorang pekerja mati tertimbus manakala sekurang-kurangnya enam orang terperangkap di bawah runtuhan bangunan lama pusat membeli-belah utama Jaya Supermarket di Seksyen 14, Petaling Jaya.

Kejadian berlaku ketika operasi meruntuhkan bangunan itu bertukar tragedi petang tadi.

Bangunan berkenaan diruntuhkan untuk diganti dengan projek pembinaan baru.

Bomba menerima panggilan pada pukul 5.08 petang dan tiba di tempat kejadian tiga minit kemudian.

Kira-kira 100 anggota Jabatan Pertahanan Awam terbabit dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap.

Seorang saksi, Syed Mohammad Aidid Syed Ahmad Aidid, berkata beliau mendengar satu dentuman kuat seperti guruh ketika kejadian itu berlaku.

"Bangunan itu betul-betul di sebelah kiri saya. Saya nampak habuk. Batubatu jatuh di atas kereta saya macam hujan batu," kata beliau.

Syed Mohammad Aidid, 41, berkata beliau baru meninggalkan bangunan Digital Mall yang terletak bersebelahan bangunan yang runtuh itu untuk ke pejabatnya di Phileo Damansara.

"Di hadapan saya ketika itu terdapat sebuah kereta Proton dan seorang perempuan sedang melalui kawasan itu. Namun semua mereka sempat menyelamatkan diri. Saya pula terus pecut, bagaimanapun kereta saya di bahagian kiri dan atas kemek.

"Waktu itu saya rasa amat takut dan sempat berdoa agar tidak ditimpa sebarang kejadian buruk,"

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009