Keputusan UMNO tidak mahu bertanding pada pilihanraya kecil N12 Penanti membuktikan parti itu takut menghadapi rakyat, khususnya pengundi Melayu. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata keputusan yang disahkan oleh Majlis Pimpinan BN semalam hanya menyerlahkan hakikat bahawa UMNO tidak mahu menanggung risiko kalah pada satu lagi pilihanraya kecil, khususnya kawasan yang majoritinya pengundi Melayu. “UMNO yang selama ini mendabik dada kini bermain helah,” Anwar memberitahu kira-kira Kira-kira 73 peratus daripada 15,421 pengundi berdaftar di Penanti adalah kaum Melayu. Namun parti tonggak Barisan Nasional itu mengambil keputusan tidak bertanding atas alasan kerana kononnya pilihanraya kecil itu sengaja diwujudkan oleh PKR dan bukan atas kehendak perlembagaan. Datuk Seri Anwar berkata alasan yang diberikan oleh Najib tidak berpijak kepada realiti bahawa kerusi DUN Penanti adalah kosong dan selaras dengan itu pilihanraya kecil harus diadakan. “Alasan Najib bagi saya tidak munasabah kerana isu peletakan jawatan atas apa juga sebab sekalipun menunjukkan ada kekosongan kerusi. “Kekosongan itu membuka ruang kepada mana-mana calon untuk bertanding,” tambah Anwar. Anwar berkata Pakatan Rakyat menerima keputusan UMNO untuk tidak bertanding pada pilihanraya kecil buat pertama kali dalam sejarah negara, namun persiapan akan diteruskan untuk menghadapi cabaran daripada penjuru lain. Beliau berkata walaupun apa pun alasan UMNO untuk tidak bertanding, hakikatnya Penanti adalah kerusi tradisi parti itu sebelum kepercayaan orang Melayu terhadap UMNO terhakis akibat parti itu mabuk dengan politik wang dan penyelewengan kuasa. Anwar berkata UMNO masih belum menunjukkan sebarang keikhlasan untuk menjadi benteng orang Melayu dan membela kaum lain sebagaimana yang dicanang oleh Najib. Rakyat sebaliknya mengharapkan Pakatan Rakyat untuk menggalas tanggungjawab itu dengan memberikan sokongan kuat menerusi kotak undi. “Kita nak kata masalah Melayu yang besar adalah masalah kemiskinan. Selagi masalah kemiskinan Melayu, Merujuk kepada krisis di Perak, Anwar berkata kemelut itu adalah penanda jelas UMNO-Barisan Nasional mengelak daripada berdepan dengan rakyat. “Di Perak, kita mahu kerajaan negeri adakan pilihanraya. Kita mahu DUN dibubarkan, dan pilihanraya diadakan. Umno kata mana boleh, kita serah pada Istana. Tetapi kita kata keputusan bukan di tangan Istana atau Mahkamah, tetapi harus kita turun kepada rakyat. Kalau kita pemimpin, mengapa kita perlu takut pada rakyat,” kata Anwar. Sumber: tvantara.com |
Arkib Blog
Tuesday, May 19, 2009
Anwar: Najib gusar berhadapan dengan pengundi Melayu Penanti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment