
Ali Bukhari Amir Mar 29, 09 2:17pm
dikemaskini Perubahan kepemimpinan dalam Umno kepada Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan memberi kesan kepada pengundi parlimen Bukit Gantang, kata dua pengamat politik. Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman berkata peralihan kuasa itu - dan juga pertemuan mengejut mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi - semalam hanya meredakan pergolakan dalaman parti itu.
Beliau, yang turut meninjau perkembangan di kawasan parlimen itu hari ini, berkata masyarakat dan pengundi belum tentu mengubah tanggapan mereka sebelum ini terhadap kerajaan. "Sengketa Dr Mahathir-Abdullah itu adalah pergolakan dalaman parti, sedangkan pilihan raya kecil membabitkan parti-parti politik yang berbeza pendirian. "Jadi, saya tidak fikir perdamaian itu akan mempengaruhi keputusan pengundi," katanya kepada Malaysiakini. Seorang lagi pensyarah sains politik UKM, Dr Mohammad Agus Yusoff juga mempunyai pendapat yang sama - perubahan Umno itu tidak akan memberikan kesan kepada pengundi Melayu di kerusi tersebut. "Ia tidak memberi kesan segera kepada para pengundi Melayu dan pengundi muda. Jadi, saya tidak dapat memberikan komen berhubung hal itu.

"Khasnya, saya harap pengundi atas pagar akan kembali mengundi kita. Sebenarnya, pengundi atas pagar inilah yang banyak menentukan kemenangan kita. "Tahun lalu, memang pengundi atas pagar nak beri pengajaran kepada BN. Mereka nak test (uji) sikit saja. Rupa-rupanya kita (Umno) rebah sampai lima buah negeri sekali gus," katanya kepada Malaysiakini. Mat Isa mendakwa, pengundi atas pagar juga tidak gembira berada bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu. "Mereka tidak suka melihat Umno berselerak. Jadi, mereka hilang keyakinan. Kami boleh memerintah dan pengundi atas pagar memang yakin dengan kita sebab kita dah ada track record (rekod pencapaian) pemerintahan sebelum ini," katanya. Mohamad Nizar, ketika dihubungi, juga percaya perdamaian mantan perdana menteri dengan penggantinya boleh menyelamatkan Umno, sekali gus mengembalikan semangat juang ahli-ahli parti itu. "Tetapi, yang paling penting, kenapakah Najib tidak datang dalam penamaan calon kali ini? Beliau sebagai pengerusi BN Perak, beliau mestilah hadir juga. "Najib sebagai orang yang terlibat dalam rampasan kuasa di Perak mestilah datang memberikan semangat kepada ahli-ahli Umno. "Maknanya, ada sesuatu yang tidak kena di sini. Ketidakhadiran Najib di sini akan membahayakan Umno," katanya.
Muhyiddin, yang menang kerusi timbalan presiden Umno baru-baru ini, kini menggalas tanggungjawab jentera kempen BN-Umno seperti Najib berbuat demikian dalam tradisi parti itu selama ini.Sementara itu, mengulas pilihanraya kecil Bukit Selambau, Dr Ahmad Nidzamuddin berkata kemenangan presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu bagi penggal ke-11 tidak memberikan kesan kerana pengundi Melayu memainkan peranan penentu di kerusi DUN itu."Pelantikan (kembali) Samy Vellu tidak memberi apa-apa kesan ke atas pilihanraya di sana kerana di situ ramai pengundi Melayu. "Pengundi Melayu yang akan menentukan keputusannya nanti," katanya. Calon MIC Datuk S Ganesan menggalas cabaran BN bagi berdepan dengan muka baru PKR S Manikumar bersama 13 calon bebas - pilihanraya kecil ini merekodkan sejarah paling ramai calon bertanding.
1 comments:
UMNO dianggap berubah jika selepas DS Najib menjadi PM Jumaat ini akan mengumumkan dasarnya kepada rakyat bahawa, semua bentuk peluang perniagaan daripada sumber kerajaan yang meliputi kontrak pembelian kerajaan, projek,konsesi, lesen dan permit yang selama ini menjadi sumber penting wang politik parti UMNO dan komponen parti BN lain itu di agihkan kepada rakyat yang ahli secara tender terbuka berdasarkan keahlian masing-masing.
Post a Comment