AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Sunday, March 29, 2009

Pengundi Disaran Undi Calon PAS Di Bukit Gantang

BUKIT GANTANG, 27 Mac (Hrkh) - Seluruh pengundi di kawasan Parlimen Bukit Gantang tanpa mengira bangsa wajar memilih calon Pas yang mewakili Pakatan Rakyat sebagai Ahli Parlimen di kawasan itu pada 7 April ini.

Ini kerana apabila pengundi memilih calon PAS sebagai wakil rakyat, masalah yang diutarakan oleh rakyat akan dapat disuarakan demi kebaikan pengundi.
Calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata demikian ketika berceramah di UPU Pekan Terong semalam.
Dalam masa sama katanya, kemenangan di Bukit Gantang bukan sahaja memberi kesan kepada politik Perak tetapi seluruh Malaysia amnya.
Ini kerana seluruh tumpuan diarahkan ke Bukit Gantang, kemenangan Pakatan Rakyat sekali gus dapat mengetepikan keegoan BN dan menafikan tindakan BN yang merampas kuasa di negeri ini.
Hadir sama ialah Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim dan Adun Bercam, Sum Chiok Ling.
Sementara itu Drs Khalil Idham Lim, yang turut berceramah berkata, memilih pemimpin atau calon adalah sebahagian dari ibadah dalam Islam dan memilih calon dari PAS akan diberikan ganjaran pahala.
"Apa yang penting mengundi calon PAS adalah untuk mengelak dari menyokong BN yang melaksanakan kezaliman yang boleh menyebabkan kita disambar oleh api neraka," katanya.
Dalam satu lagi program Jamuan Teh Bersama Masyarakat Cina di Kuala Terong, Dato' Seri Nizar menerangkan dasar-dasar Kerajaan Pakatan Rakyat selama 10 bulan memerintah Negeri Perak.
"Kerajaan Pakatan Rakyat telah melaksanakan banyak dasar yang menguntungkan rakyat semua kaum, antaranya dasar kebajikan di mana kerajaan Pakatan Rakyat mengutamakan kebajikan kepada semua kaum yang hidup dalam kedaifan, termasuk memberikan bantuan barangan keperluan, membantu ibu tunggal dan memberikan biasiswa kepada pelajar tanpa mengira bangsa," katanya.
Hadir sama Adun Lubok Merbau, Mohd Zainuddin Yusof, Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim, Adun Teja, Chang Lih Kang dan Adun Bercham, Sum Chiok Ling.
Khalil dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran pelbagai bangsa pada program tersebut ini menunjukkan bukan Melayu sudah tidak takut lagi kepada perjuangan PAS. - mns_

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009