AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, January 7, 2009

Ali Rustam dgn cadangannya

Cadangan Ali Rustam (Calon Timbalan Presiden UMNO)

Berikut disertakan laporan BERNAMA tersebut dan maklum balas daripada teman saya mengenai cadangan ini di dalam blog beliau, www.nahdah.wordpress.com

Syor jadikan permainan layang-layang aktiviti kokurikulum sekolah

MELAKA: Permainan layang-layang dicadangkan dijadikan antara aktiviti kokurikulum di sekolah kerana permainan tradisi itu semakin dipinggirkan di samping mengelakkannya daripada pupus.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, bagi mengekalkan permainan tradisi berkenaan, minat terhadap permainan layang-layang perlu diterap bermula pada peringkat sekolah.

“Di sekolah ada juga aktiviti kokurikulum seperti permainan congkak dan gasing tetapi layanglayang tidak ada walau pun peminatnya ramai,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Othman Muhamad pada majlis perasmian Pesta Layang-Layang MalaysiaChina di Dataran Pahlawan di sini, hari ini.

Kira-kira 50 peserta melibatkan 100 jenis layang-layang dari Malaysia dan China menyertai pesta berkenaan.

Mohd Ali berkata, permainan layang-layang sekarang ini sudah diperkenalkan di peringkat antarabangsa dan delegasi Malaysia pernah mempertunjukkan permainan layang-layang di luar negara.

Kehadiran peserta dari China iaitu dari Nanjing dan Beijing memberi ruang kepada peserta tempatan untuk mendapat maklumat dan kemahiran terkini berkaitan ilmu dalam permainan layang-layang kerana difahamkan China memang mempunyai kemahiran dalam permainan itu, katanya. BERNAMA

komen Adi:

Murid-Murid, Hari Ini Kita Belajar Menari dan Main Layang-layang!

Kalau cadangan Ketua Menteri Melaka agar permainan layang-layang dijadikan kokurikulum sekolah diterima pakai oleh Kementerian Pelajaran, saya berkemungkinan secara serius akan mempertimbangkan bakal anak-anak saya esok tidak akan dihantar ke sekolah kebangsaan.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Pelajaran menyatakan bahawa subjek akademik di sekolah rendah akan digugur dan diganti subjek baru seperti drama dan tarian.

Apa sebenarnya hala tuju sistem pendidikan kita? Apakah generasi masa depan sedang disediakan untuk menjadi seniman dan budayawan semata-mata?

Saya setuju bahawa subjek akademik di peringkat sekolah rendah perlu dirombak, tetapi tidak perlulah cadangan-cadangan tidak cerdik seperti di atas dipertimbangkan secara serius.

Sewajarnya wajibkanlah subjek tulisan jawi melalui pengajian agama Islam yang sangat penting di kalangan murid melayu muslim. Subjek Pengajian Moral dan Ketatanegaraan juga perlu diselitkan. Saya tidak nampak apa relevannya Pendidikan Muzik di sekolah, kerana pada saya ia hanya menambah beban masa guru dan murid.Kalau itupun sudah kurang relevan, mana relevannya subjek tarian dan drama?

Saya nampak lesson plan anak-anak zaman sekarang dalam bidang hiburan lebih berjaya berbanding menjadi.

Waktu kecil boleh masuk Tom-Tom-Bak untuk asah bakat, dah remaja sikit boleh cuba nasib dalam Akademi Fantasia. Kalau tak menang, jangan risau sebab Radio Era.FM akan ambil ‘graduan AF’ yang kurang laku. Dah berjaya jadi selebriti boleh kahwin dan kemudian masuk Sehati Berdansa!

Nampak tak? Jadi artis lebih berjaya berbanding jadi guru, jurutera, doktor ataupun pensyarah.

Apalah nasib pendidikan di Malaysia. PPSMI diteruskan, pelan pengajian sekolah terus caca marba. Masa depan anak-anak kita bagaimana?

Inilah pemikiran ketua menteri Melaka dari ameno. Bukan dulu dia bagi larangan melawat Kelantan?

Nak kata bodoh, ketua menteri. Harap muka je jambu.. huhhuhu

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009