Mesyuarat AJK AMK ke 3
Malam tadi berlangsungnya mesyuarat AJK AMK Kota Raja buat kali ke 3 nya.
Tarikh: 19 November 2008
Tempat: Bilik mesyuarat sementara (Pejabat Sdr. Jaberi)
Masa: 8.30 - 11.00 mlm
Kehadiran: TBC
Topik yang dibincangkan.
1. KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT.
• Membentangkang usul-usul yang diterima untuk dibentangkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat pada 28 - 30 November nanti. Sebanyak 6 usul telah diterima untuk dibincangkan dan 6 usul lagi yang hanya akan dibincangkan lebih lanjut selepas Konvensyen berakhir.
• Perwakilan dan pemerhati (masih kurang dari yang diharapkan, Sdri Sangheta akan mengetuai DUN Andalas dan Sdr Hanaffe Dun Sri Muda bagi berjumpa dengan setiap Ketua JDM dan Ketua AMK JDM)
• Banner (Gambar diperlukan dengan kadar segera, sila email pada Sdri Sangheta atau saya, Syahnaz Abdullah di syahnaz.abdullah@gmail.com)
• T-Shirt (Ukuran di badan sudah diperolehi ke belum?)
• Skuad kawat
• Pengangkutan dan pendaftaran
2. Ceramah umum yang akan diadakan pada 3hb Disember. AMK Kota Raja bersetuju sebulat suara untuk mengadakan ceramah umum tersebut seperti di bawah
3. Kutipan dana bulanan. Sdr Jaberi memaklumkan sekiranya kesemua AJK telah membayar dana masing2, RM560 (TBC) akan berjaya dikumpulkan setiap bulan.
Tarikh: 3 Disember
Tempat: Taman Rakyat, Klang (Di kawasan lapang tempat beriadah)
Masa: Selepas Maghrib
Penceramah: YB Saifudin Nasution, YB Dr. Mariah, YB Dr. Xavier dan YB Abdul Aziz
Walaubagaimanapun, lokasi sebenar hanya akan diketahui selepas permit diperolehi. AJK AMK telah diberikan tanggung jawab masing-masing, dari segi logistik, keselamatan, penerangan, dan sebagainya. Harap AJK AMK dapat menjalankan tugas dengan dedikasi dan profesional.
Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.15 mlm dan bersurai pada 12.30am selepas santapan dihabiskan.
0 comments:
Post a Comment