AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, October 7, 2009

PR Tidak Halang Khir Toyo Fail Pembatalan Kes



Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali tidak menghalang bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo memfailkan pembatalan perintah pergantungan yang dikeluarkan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor terhadap pimpinan pembangkang Selangor.

Beliau berkata Khir Toyo layak membuat sebarang semakan di mahkamah.

"Ya itu adalah hak Khir Toyo dan rakan-rakannya untuk penyemakan di mahkamah dan kita serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan," katanya ketika dihubungi.

Azmin berkata beliau hanya mengharapkan keadilan dan ketelusan undang- undang dalam meleraikan kekusutan yang dicetuskan oleh ketua pembangkang itu sendiri.

"Dia tahu pembentukan Selcat telahpun diluluskan oleh DUN dan dalam perbahasan ketika meluluskan peruntukan tersebut, ianya juga turut disertai oleh ahli-ahli DUN daripada BN. Jadi saya tidak nampak kebijaksanaan Khir Toyo dan rakan-rakannya untuk mencabar Selcat," katanya.

Khir Toyo sebelum ini digantung dari menghadiri sidang dun selama18 bulan kerana enggan menghadiri siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Turut sama digantung ialah Datuk Warno Dogol, Mohd. Aris Abu Bakar, Mohd Isa Abu Kassim dan Datuk Marsum Paing. Kesemua mereka merupakan ADUN Barisan Nasional. Mereka hilang keistimewaan sebagai ADUN sepanjang tempoh pergantungan berlangsung.

Sumber: tvantara.com

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009