AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Followers




Waktu Solat


Arkib Blog

Wednesday, April 29, 2009

Isu RPK: Pegawai istana S'gor enggan ulas

Seorang pegawai kanan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah enggan mengulas mengenai dakwaan berlaku "perselisihan faham" antara Istana Selangor dengan penulis blog terkenal Raja Petra Kamaruddin.

"Itu saya tidak boleh nak komen sebab setakat ini tidak ada apa-apa (kenyataan) daripada istana.

"Saya tidak boleh komen perkara itu," kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani Lela Bakti.

Beliau diminta mengulas dakwaan Raja Petra yang memilih "hidup dalam buangan" di luar negeri itu kerana berselih faham dengan Sultan Selangor ekoran kritikannya terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

selangor royal palace official pc on sultan sharafuddin health 290409 01Mohamad Munir (kiri) ditemui sewaktu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor di Shah Alam pagi ini.

Sebelum itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud (kanan) memberitahu sidang akhbar itu mengenai keberangkatan Sultan Selangor ke Amerika untuk menjalani pembedahan jantung.

Raja Petra tidak hadir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya minggu lalu untuk menghadapi pertuduhan menghasut.

Pada 2 Mac lalu, Raja Petra menulis surat terbuka kepada Menteri Besar Pakatan Perak, Mohd Nizar Jamaluddin, mengulas mengenai krisis perlembagaan di negeri itu.

raja petra kamaruddinMenulis dalam blognya Malaysia Today, Raja Petra juga mendakwa, tindakan beliau telah menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor yang memintanya memohon maaf secara terbuka.

Oleh kerana enggan berbuat demikian, dakwa Raja Petra, beliau memilih hidup dalam buangan di luar Selangor sebagai "hukuman kepadanya kerana menyinggung perasaan istana".

Muncul juga khabar angin beliau telah meninggalkan negara ini bersama isterinya. Maklumat ini bagaimanapun tidak dapat disahkan.

Sumber: malaysiakini.com
Continue reading...

Usul lucut jawatan Sivakumar sebagai Speaker

Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul untuk melucutkan V Sivakumar dari jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

zambry abdul kadirUsul tersebut dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan disokong oleh ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Menurut Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri, usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam mesyuarat pertama, penggal kedua, DUN Perak ke-12 pada 7 Mei depan.

"Sekiranya usul ini diluluskan di dalam mesyuarata tersebut, maka urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker DUN yang baru akan dibuat," katanya dalam surat yang dihantar kepada ADUN Perak.

ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dari DAP, mengesahkan telah menerima surat tersebut jam 2 petang ini. Ia dihantar melalui khidmat hantaran laju.

Sehubungan itu, Abdullah meminta ADUN-ADUN mngemukakan cadangan nama Speaker yang baru.

Borang pencalonan Speaker baru itu turut dikepilkan bersama surat tersebut.

Menurut Abdullah, borang pencalonan itu hendaklah dikemukakan beserta borang persetujuan ahli yang dipilih kepada pihak pentadbiran (DUN) selewat-lewatnya esok, 30 April.

Sumber: malaysiakini.com
Continue reading...

AMK Kota Raja Menganjurkan Program Pembangunan Usahawan


Kota Raja, 26 April 2009

Kursus: Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) - Kursus Asas Pembangunan Usahawan

Tempat: Dewan Auditorium Majlis Perbandaran Klang

Masa: 0700 hingga 1830

Tujuan Kursus: Untuk membuka minda peserta terutama sekali anak muda untuk menceburi bidang keusahawanan demi untuk meningkatkan ekonomi dan taraf hidup.

Kursus Asas Pembangunan Usahawan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dapat merapatkan jurang ekonomi serta meningkatkan tahap ekonomi rakyat melalui pengurusan perniagaan yang mudah dan berkesan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kota Raja, Sdr Azmizam Zaman Huri
dalam ucapan perasmiannya berkata, kursus berkenaan dapat memberikan peluang dan kaedah bagaimana seseorang itu boleh berfikiran untuk menjadi seorang usahawan dan seterusnya boleh menjana pendapatan yang tidak pernah terfikir oleh golongan belia / beliawanis, graduan menganggur dan seluruh lapisan masyarakat amnya termasuk golongan orang kurang upaya.

Menurutnya, seramai 100 orang ahli Parti keADILan Rakyat Bahagian Kota Raja telah mengikuti kursus tersebut dan ia memberikan peluang kepada ahli bagaimana untuk melihat, mengenal, merebut serta membuka peluang-peluang perniagaan selain memahami konsep keusahawanan dengan lebih baik sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Secara langsung dan tidak langsung, bidang keusahawanan yang akan diceburi kelak akan dapat membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat keseluruhannya. Pada waktu yang sama, kejayaan yang dicapai akan dapat membantu perkembangan ekonomi yang positif kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Di samping itu, penglibatan golongan muda dari pelbagai bangsa dalam kursus ini juga dapat memberikan keseimbangan pembangunan ekonomi rakyat. Apa yang kita harapkan, ilmu dan pengetahuan yang telah dipelajari dan diperolehi akan dapat diadaptasikan dan dipraktikkan untuk peserta mula menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Penyedia Latihan yang telah dilantik dari Kerajaan Negeri Selangor, Sdr Mazli Saring dan Sdr Alias Hj Muda, penceramah berpengalaman dalam bidang keusahawanan MARA.

Turut hadir ialah wakil ADUN Sri Andalas, Sdr Syed Putra.

Program tersebut telah ditutup oleh Timbalan Ketua AMK Malaysia, Sdr Fariz Musa yang juga merupakan seorang motivator berpengalaman. Dalam ucapan penutupnya beliau banyak menegaskan tentang perubahan sikap yang perlu dilakukan apabila seseorang itu hendak menceburi bidang keusahawanan. Sikap yang positif akan menjadikan seorang usahawan itu berjaya.


Sdr Azmizam sedang memberikan ucapan perasmian


Peserta sedang tekun mendengar ceramah


Sdr Azmizam sedang berkongsi pengalamannya dalam keusahawanan sebagai seorang jurujual


Para peserta sedang tekun mendengar ceramah Sdr Alias Hj Muda


Penceramah, Sdr Alias Hj Muda sedang menerangkan erti keusahawanan


Para peserta sedang memikirkan perniagaan untuk diusahakan


Para peserta berpuas hati dengan program yang diadakan


Urusetia yang diketuai sdr Ali sedang bertungkus-lumus


Sdr Mazli Saring sedang memberi penerangan tentang peluang-peluang yang ada di Selangor


Sdr Syed Putra bercakap bagi pihak YB Dr Xavier Jayakumar (ADUN Sri Andalas)


Sdr Fariz Musa sedang berkongsi tentang pentingnya sikap positif sebagai seorang usahawan


Ini pasti perbincangan politik, agak-agak apa yang sedang dibincangkan???


Insyaallah, AMK Kota Raja akan mengadakan program-program keusahawanan dalam masa terdekat. Sdr Azmizam mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa AMK Kota Raja yang bertungkus-lumus siang dan malam untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar.
Continue reading...

Tuesday, April 28, 2009

Shafie garis dua faktor tawan semula Kedah

BERNAMA


LANGKAWI: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah yang baru dilantik, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggariskan dua faktor sekiranya parti itu mahu menawan semula Kedah daripada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata anggota Umno perlu bersatu mengukuhkan perpaduan dan pemimpin hendaklah bekerja kuat untuk berkhidmat pada masyarakat dan mengutamakan rakyat.

"Rakyat akan melihat kepada dua faktor ini kerana ia adalah kunci untuk memulihkan kepercayaan mereka yang akan menilai sebelum memilih Umno semula dan Barisan Nasional (BN) amnya.

"Saya percaya dan yakin jika ini menjadi pegangan Umno, tiada sebab mengapa ia tidak boleh mengambil alih semula tampok pemerintahan," katanya kepada pemberita selepas jamuan makan malam bersama Umno bahagian Langkawi di sini, malam tadi.

Menurut Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kedah mempunyai kerajaan yang baik selama ditadbir kerajaan BN, cuma rakyat berharap untuk menikmati khidmat yang lebih baik. Shafie juga mengupas pelantikkannya yang beliau anggap hanyalah sebagai satu lagi tambahan untuk memperkuat dan mengukuhkan lagi Umno Kedah, dan bukan bermakna negeri ini tiada calon berkaliber untuk dilantik memegang jawatan itu.

"Pelantikan saya tidak mendapat bantahan mana-mana pihak di Kedah. Malah saya tiada agenda untuk bertanding atau berhasrat menjadi Menteri Besar Kedah, cuma satu sahaja iaitu mengembalikan kuasa pemerintahan kepada BN," katanya.

Beliau akan memanggil semua anggota komponen BN untuk bermesyuarat dan menyusun semula gerak kerja yang perlu dilaksanakan bagi menambat semula hati pengundi dewasa dan muda.

"Saya memerlukan kerjasama semua pihak bagi menjayakan agenda ini kerana tidak berupaya melaksanakannya berseorangan.

"Kedah memiliki asas yang cukup kuat dan tiada masalah besar mengukuhkan semula kedudukannya agar mendapat tempat di hati rakyat," katanya.

Menjawab soalan pemberita mengenai ketidakhadiran semua ketua bahagian malam ini iaitu pertemuan pertama selepas pelantikannya, Shafie berkata majlis berkenaan diatur dalam masa singkat oleh Umno Langkawi.

Katanya mesyuarat dengan semua ketua bahagian akan diadakan tidak lama lagi.

Mengenai barisan jawatankuasa baru Umno Kedah, katanya beliau akan berbincang dengan presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak terlebih dahulu sebelum mengumumkannya.

"InsyaAllah perbincangan akan diadakan dalam masa terdekat kerana kita mahu menjalankan kerja secepat mungkin," katanya dan menambah beliau akan lebih kerap ke Kedah selepas ini.

Shafie berkata tidak mustahil Kedah akan dapat dirampas kembali seperti yang dilakukan gerakan 'gelombang biru' yang menumbangkan kerajaan PAS Terengganu pada pilihan raya umum 2004.
Continue reading...

Pakatan: Larang pondok panas tidak munasabah

Pakatan Rakyat menyifatkan keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melarang parti-parti yang bertanding mendirikan pondok panas dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini sebagai "tidak munasabah".

"Keputusan tersebut amat memeranjatkan kami. Dalam perbincangan (kami dengan SPR), mereka seolah-olah menerima dan kami optimistik tidak ada masalah," kata Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.

mustafa aliMustafa berkata perbincangan mereka dengan SPR berlangsung Khamis minggu lalu. Ia turut dihadiri Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah; dua ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mariah Mahmud dan Dr Dzulkifli Ahmad serta bendahari DAP, Fong Kui Lun.

Semalam Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, suruhanjaya itu melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Abdul Aziz berkata, ia bertujuan memastikan hari mengundi berjalan dengan "aman, tenang dan tanpa kesesakan lalulintas," selain "menyejukkan suasana" selepas berkempen.

sivarasaSementara itu, Sivarasa pula berkata, Pakatan Rakyat menolak keputusan SPR itu kerana ia melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

"Kita telah teliti dari sudut undang-undang. Kita menolak pendirian SPR ini kerana pendirian tidak munasabah.

Tolak alasan SPR

"(Keputusan itu) tidak ikut undang-undang pilihanraya itu sendiri dan bercanggah dengan tafsiran mereka (SPR)," kata Sivarasa.

wan ahmad ec secretaryBeliau kemudiannya membacakan sepucuk surat dari SPR pada 2004 yang ditandatangani Datuk Wan Ahmad Wan Omar selaku setiausaha SPR ketika itu.

Dalam surat tersebut, Wan Ahmad membenarkan penubuhan pondok panas di luar kawasan sempadan 50 meter dari tempat mengundi.

Sivarasa yang juga ahli parlimen Subang berkata, pondok panas dibenarkan mengikut seksyen 24b (2) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Sementara itu, Mustafa berkata, Pakatan akan menemui SPR untuk berbincang mengenainya Khamis atau selewat-lewatnya minggu depan.

dr siti mariah mahmoodDalam sidang media yang sama, Dr Mariah menolak alasan yang diberi oleh SPR untuk tidak membenarkan pondok panas didirikan.

"Sebenarnya, sudah cukup untuk tempatkan anggota polis di tempat mengundi (pada hari mengundi).

Tidak cetus pergaduhan

"Sebelum ini, tidak tercetus pergaduhan antara penyokong parti. Bersemangat lebih, biasalah," katanya.

Tambahnya, pondok panas merupakan satu tradisi sejak pilihanraya pertama negara pada 1959.

"Asalkan ia di luar jarak 50 meter dari kawasan tempat mengundi," kata Dr Mariah yang juga ahli Parlimen Kota Raja.

Menjawab soalan pemberita mengenai sejauhmana pentingnya pondok panas tersebut, Mustafa berkata:

"Ia penting. Pengundi boleh ulang semak sama ada nama pengundi ada ataupun tidak.

"Kalau tak ada (nama pengundi) kita boleh membuat semakan lagi dengan SPR," katanya.

Sumber: malaysiakini.com
Continue reading...

Saman Zambry-Nizar balik ke Mahkamah Tinggi

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa pertikaian antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengenai siapa menteri besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebulat suara memutuskan wujud pertikaian fakta dalam dua afidavit yang diikrarkan oleh Mohd Nizar dan Penasihat Undang-undangan Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

Prosiding untuk meneliti afidavit Ahmad Kamal akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim pada hari Isnin. Ini merupakan kali kedua kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi, lapor Bernama.

nizar jamaluddin dr zambry abdul kadir perakKali pertama ialah pada 23 Mac apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan isu membabitkan tafsiran Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak perlu didengar dan diputuskan di Mahkamah Tinggi dan hanya boleh dirujuk semula ke Mahkamah Persekutuan melalui rayuan.

Alauddin, Hakim Besar Malaya Datuk Ariffin Zakaria dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusuf

dan Datuk James Foong hari ini dijadual mendengar permohonan Zambry, yang difailkan pada 21 April, untuk memohon pengisytiharan bahawa beliau adalah menteri besar yang sah.

Dengan panel lima hakim itu yang bersidang, permohonan Mohammad Nizar bagi panel sembilan hakim untuk mendengar kes itu telah ditolak.

Terdahulu dalam prosiding hari ini, peguam yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah membantah permohonan Zambry atas alasan wujud pertikaian fakta berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijadual didengar di Mahkamah Tinggi minggu depan.

Wujud percanggahan

Katanya percanggahan itu adalah antara apa yang diikrarkan oleh Ahmad Kamal dalam afidavitnya dengan apa yang sebenarnya berlaku dalam pertemuan antara Mohd Nizar dan Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada 4 Februari 2009.

"Saya menegaskan bahawa semasa saya menghadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan, saya tidak pernah menyatakan dan tidak memaklumkan, dan tidak pernah mencadangkan kepada DYMM Sultan bahawa terdapatnya kehilangan kepercayaan terhadap saya sebagai Menteri Besar oleh majoriti ahli-ahli DUN. Saya juga tidak pernah mencadangkan kepada DYMM Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri selaras dengan Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak.

"Merujuk kepada afidavit penasihat undang-undang, saya menyatakan bahawa versi Datuk Ahmad Kamal berkenaan apa yang telah berlaku adalah salah dan tidak tepat," kata Sulaiman ketika membacakan afidavit yang diikrarkan oleh Mohammad Nizar.

Beliau juga berhujah Ahmad Kamal telah mewakili Zambry apabila kes itu disebut di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof pada 18 Februari.

"Datuk Kamal telah mewakili Zambry dan ini jelas menunjukkan yang beliau tidak bersikap berkecuali," kata Sulaiman.

Prinsip 'res judicata'

Katanya atas prinsip "res judicata" (perkara yang sudah diputuskan), permohonan itu tidak sepatutnya didengar oleh Mahkamah Persekutuan kerana permohonan yang sama terhadap isu yang sama telah ditentukan oleh mahkamah yang sama pada 23 Mac.

Peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry dalam hujahan balasnya berkata terdapat keterangan dokumen berdasarkan dua pucuk surat yang ditulis oleh Mohd Nizar kepada Sultan Perak pada 4 dan 5 Februari untuk menunjukkan tidak terdapat pertikaian fakta seperti dakwaan responden.

Beliau juga berkata prinsip 'res judicata' tidak boleh diguna pakai kerana isu Perkara 63 tidak timbul pada perbicaraan di Mahkamah Persekutuan pada 23 Mac.

Turut hadir pada prosiding itu ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai pencelah, peguam Mohd Reza Hassan selaku peguam pemerhati bagi Barisan Nasional dan Penolong Penasihat Undang-undang Negeri Perak Zulqarnain Hassan.

Di luar mahkamah, Mohd Nizar berkata kepada pemberita bahawa keputusan hari ini adalah petanda yang krisis politik Perak akan dapat mencapai penyelesaian muktamad.

"Saya harap persidangan Dewan Undangan Negeri 7 Mei ini ditangguhkan sehingga pertikaian ini diselesaikan di Mahkamah Tinggi. Tidak perlulah kita tergesa-gesa (untuk membuat persidangan itu) kerana terdapat banyak fakta-fakta yang dipertikaikan di sini," katanya.

Sumber: malaysiakini.com
Continue reading...

Liberalisasi kewangan: Lain berkudis, lain diubati

KUALA LUMPUR, 28 April (Hrkh) - Tempat lain yang berkudis tokak, tempat lain yang diubati.

Demikian ulasan spontan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar terhadap tindakan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak meliberalisasi sektor kewangan dan 27 subsektor perkhidmatan bagi meningkatkan keyakinan pasaran terhadap negara ini.

"Masalah yang paling parah yang dihadapi negara ini sehingga menjejaskan keyakinan pasaran ialah rasuah dan kronisme.

"Jangankan pihak luar, rakyat negara ini sendiri tidak henti-henti menuduh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi kuda tunggangan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) dan cakap-cakap memerangi rasuah hanya temberang semata-mata.

"Syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor yang diliberalisasi pula selama ini dilihat sebagai padang perlumbaan kroni-kroni merebut kekayaan dan tidak membantu peniaga tulen," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu yakin, selagi kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) enggan mengatasi masalah tersebut, negara ini tidak akan dilihat sebagai negara yang pro-perniagaan dan benar-benar meyakinkan pasaran.

Mahfuz juga mengecam kerajaan Umno BN yang hanya berminat meliberalisasikan sektor perniagaan tetapi terus mengongkong sektor yang melibatkan keperluan asas rakyat, termasuk golongan miskin.

"Apa hebatnya kerajaan Najib memperuntukkan kira-kira RM1 bilion subsidi tiga jenis barang kawalan iaitu gula, tepung dan roti jika perniagaan barangan utama itu terus terhimpit dalam penjara monopoli?

"Peruntukan RM1 bilion pun, rakyat dapat manfaat sejemput dan peniaga tamak yang memonopoli perniagaan barangan asas tersebut dapat manfaat bertimbun-timbun," katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mohtar Radin pernah membangkitkan pertanyaan rakyat di Dewan Rakyat Rakyat tentang "siapa itu Robert Kuok yang diberi konsesi import gula secara perseorangan. Bertahun-tahun gula masih krisis. Kenapa tidak diberi lesen kepada orang lain? Kenapa dia sahaja yang monopoli?"

Malaysiakini pula pernah menyiarkan kenyataan Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman yang mempersoalkan mengapa jumlah syarikat pengeluar gula perlu dihadkan kepada empat buah sahaja, dan itupun dikuasai oleh dua orang sahaja � 'Raja Gula''Sugar King' Robert Kuok dan Syed Mokhtar Al-Bukhary.

"Saya tidak nampak kerajaan Najib adalah kerajaan yang mengambil berat penderitaan rakyat apabila terus mengongkong sektor keperluan asas.

"Mengapa enggan meliberalisasikan sektor tersebut? Adakah kerana hendak membela puak kapitalis?" Mahfuz mempersoalkan. _

Continue reading...

Mufti perlu bangkit bantah keputusan kabinet - Ustaz Mat Iraq

KOTA BHARU, 28 April (Hrkh) - Mufti-mufti di negara ini perlu bangkit mendesak kerajaan menyemak semula keputusan kabinet mengekalkan agama asal anak biar pun ibu bapa mereka menganut Islam.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud berkata, kabinet bukannya mahkamah yang boleh membuat keputusan mengekalkan agama anak biar pun ibu bapa sudah memeluk Islam.

"Ini sudah bercanggah. Kalau kes itu berkaitan dengan agama ia mesti melalui Mahkamah Syariah. Kalau sekali pun kabinet mahu membuat keputusan, namun dalam hal agama ia mesti dirujuk kepada jabatan berkaitan.

"Percanggahan ini terang-terang berlaku dan ia memperlihatkan keputusan kabinet hanya bagi kepentingan politik Umno,� katanya ketika dihubungi di sini.

Baru-baru ini kabinet membuat keputusan anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa semasa berkahwin biar pun kemudiannya ibu bapa mereka menganut agama lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat sebagai penyelesaian jangka panjang sebagai merujuk kes Mohd Ridzuan Abdullah dan Indra Gandhi.

Ridzuan nama asalnya Patmanathan a/l Krishnan, 40 kini memeluk Islam turut membawa tiga anaknya berusia berusia 1 hingga 12 tahun menganut Islam. Dia kemudiannya memohon hak penjagaan di Mahkamah Syariah.

Menteri itu juga menyebut mana-mana individu yang ingin menukar agama perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan bagi mengelakkan kanak-kanak menjadi mangsa.

Ekoran kenyataan tersebut banyak pihak membantah termasuk Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan pemimpin-pemimpin politik.

Mohamed berkata, kabinet tidak boleh mengetepikan peranan Mahkamah Syariah dalam menangani isu membabitkan agama Islam.

"Keputusan yang dibuat kabinet di bawah perdana menteri baru jelas bagi menjaga kepentingan survival politik Umno untuk mempengaruhi orang bukan Islam di negara ini," katanya.

Beliau berkata, keputusan dibuat kerajaan BN tanpa merujuk kepada jabatan-jabatan berkaitan hal ehwal agama Islam.

"Ini jelas menunjukkan betapa lemahnya institusi agama berada di bawah pentadbiran kerajaan BN sekarang," ujarnya. - mj _

Continue reading...

SPR belakangi demokrasi - Mahfuz

KUALA LUMPUR, 28 April (Hrkh) - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf disarankan supaya menjawat posisi Pengerusi Pemilihan Umno sahaja apabila sering dilihat menyebelahi Umno.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar semasa mengulas pelbagai isu yang membabitkan SPR mutakhir ini terutamanya dalam penangguhan pengumuman pilihan raya kecil Dun Penanti dan isu barung panas.

"Saya ingat lebih baik Pengerusi SPR ini jadi Pengerusi Pemilihan Umno, pasti Najib (Dato' Seri Najib Tun Razak) kekal jadi Presiden Umno seumur hidup," kata Mahfuz.

Dalam isu memansuhkan barung panas parti-parti politik, Mahfuz melihat tindakan SPR itu tidak rasional dan tidak membantu kelancaran perjalanan pembuangan undi.

Barung-barung panas disediakan parti politik yang bertanding hanyalah untuk membantu SPR dalam menyelesaikan perjalanan pembungan undi dengan lebih baik dan segera, katanya.

"Kita tak kisah jika SPR nak jarakkan lagi barung, jika nak mansuhkan itu akan hanya menutup ruang parti politik untuk memastikan penyokong parti masing-masing ada akses kepada maklumat tentang saluran mengundi," katanya.

ImageJika tiadanya barung panas, pastinya kelewatan dan kesesakan berlaku di barung SPR dimana pengundi akan bersesak menggunakan barung SPR sahaja, katanya.

Mengulas isu dolak halik SPR dalam mengumumkan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi bagi kerusi Dun Penanti, Mahfuz mengecam tindakan SPR itu.

"Apa yang dibuat SPR memang tidak rasional seperti dalam keputusan nak tentukan bila penamaan calon Dun Penanti,

"SPR berdolak-dalih, tunggu SPRM buat keputusanlah dan suruh Fairuz Khairuddin (bekas Adun Penanti) tarik balik keputusan dan macam-macam lagi, ini apa ini?," katanya kesal.

Justeru, beliau mengulangi cadangan agar Pengerusi SPR memegang jawatan Pengerusi Pemilihan Umno sahaja bagi memastikan Najib kekal selaku Presiden Umno selamanya.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut mempersoalkan tindakan SPR mengambil masa panjang untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian di Penanti.

Sikap SPR itu membayangkan betapa tahap kecekapan dan professionalisma badan tersebut sangat dipersoal dan mengurangkan keyakinan rakyat, katanya.

Guang Eng berharap SPR akan lebih efisien, bebas, adil dan bersikap profesional dalam melaksanakan pilihan raya kecil.

ImageSementara itu, Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Saifuddin Nasution Ismail pula melihat keputusan SPR itu bertentangan dengan ketetapan yang dibuat pada pilihan raya umum 2004.

ujar Saifuddin, pada tahun 2004 (sebelum pilihan raya), SPR tidak membenarkan pondok panas tetapi pada pagi hari mengundi, BN (Barisan Nasional) telah mendirikan pondok panas sedangkan Pakatan Rakyat patuh dengan peraturan itu.

Sebaliknya apabila pembangkang meminta penjelasan mengenai perubahan ketika itu, SPR mendakwa peraturan itu diubah pada pagi pilihan raya tersebut, kata Saifuddin lagi.

Bagi Saifuddin, SPR perlu konsisten dalam hal ini dan selari dengan peranan SPR sebagai badan yang menjalankan pilihan raya secara bersih, telus dan adil.

Saifuddin juga melihat cadangan menghadkan bilangan calon pula tidak wajar dilakukan SPR kerana pilihan raya adalah hari pesta demokrasi kepada rakyat.

Mengulas isu yang sama, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berpendirian SPR menggunakan faktor kesesakan bagi melarang kewujudan pondok panas dan mengehadkan jumlah pengundi tidak perlu timbul.

Beliau percaya pihak polis mampu mengawal keadaan pada hari penamaan calon dan hari mengundi. - mks. _

Continue reading...

PAS mohon suruhanjaya diraja ditubuh pulihkan negara

KUALA LUMPUR, 28 April (Hrkh) - PAS memohon agar Majlis Raja-raja Melayu segera menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja bagi memulihkan nama baik negara.

Penubuhan Suruhanjaya DiRaja itu perlu ditubuhkan setelah nama negara kini kian tercemar akibat laporan media antarabangsa yang melibatkan Perdana Menteri.

Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar menegaskan isu pembunuhan Altantuya dan pembelian kapal selam yang dikaitkan oleh media antarabangsa dengan Dato' Seri Najib Tun Razak menyebabkan nama baik negara kini tercemar.

"Kita kesal bila nama baik negara kini sudah tercemar dengan dua isu ini yang dimainkan oleh media antarabangsa.

"Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah juga pernah meminta supaya Najib membersihkan nama beliau namun hingga ke hari ini tiada usaha ke arah itu dibuat oleh Perdana Menteri," tegas Mahfuz.

Beliau juga menegaskan jika suruhanjaya diraja mendapati tuduhan yang dibuat oleh media antarabangsa terhadap Najib itu tidak benar maka satu tindakan undang-undang harus diambil terhadap mereka.

Mahfuz bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob menyerahkan memorandum memohon penubuhan suruahnjaya diraja memulihkan nama negara kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah pagi tadi.

Selain menyerahkan memorandum mereka juga mengadakan pertemuan ringkas dengan Engku Ibrahim bagi menerangkan tujuan permohonan tersebut dibuat. - mks. _

Continue reading...

Anwar umum calon Penanti malam ini!

PERMATANG PAUH, 28 April (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan calon N12 Penanti malam ini di Yayasan Aman, Penanti bersama bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man.

Program yang diatur petang semalam diadakan berikutan kepulangan Anwar ke sini bersama Fairus untuk bertemu rakyat di Penanti dan Permatang Pauh amnya selain memastikan jentera Pakatan Rakyat berjalan seiring sebelum menjelang hari penamaan calon pada 23 Mei dan mengundi pada 31 Mei depan.

Pagi semalam Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf mengumumkan kekosongan kerusi Dun berkenaan setelah dimaklumi oleh Speker Dun pada 17 April lepas setelah berlaku perletakan jawatan Mohamad Fairus pada 19 Mac lalu. - mks._

Continue reading...

Wabak Selesema Babi : Kerajaan Negeri Akan Sentiasa Memantau

SHAH ALAM, 28 April - Kerajaan negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri akan sentiasa memantau dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran meletusnya wabak selesema babi di beberapa negara.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr A Xavier Jayakumar berkata saringan tanda jangkitan wabak di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan LCCT di Sepang telah diadakan.

Saringan berkenaan membabitkan pelawat atau warga Malaysia yang melawat Mexico, Kanada, New York, Texas, Kansas dan California di Amerika Syarikat.

Dr A Xavier berkata Jabatan Kesihatan Negeri setakat ini telah mengesahkan tiada kes jangkitan selesema babi berlaku di negeri dan negara ini serta belum ada keperluan untuk memberi amaran kepada orang ramai.

Katanya, beliau akan sentiasa dimaklumkan perkembangan terkini wabak itu setiap hari oleh jabatan berkenaan.

“Kita akan pertimbangkan untuk membawa masuk pakar-pakar kesihatan daripada luar dan bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) jika perlu,” katanya ketika dihubungi. - NOOR ALLIA KASSIM

Sumber: selangorkini.com.my

Continue reading...

MB Failkan Saman Terhadap Ahmad Said

KUALA LUMPUR, 27 April – Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memfailkan saman terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ke atasnya.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang tadi melalui peguamnya, Sankara N Nair dari Tetuan S N Nair & Partners dengan menamakan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dan dua yang lain iaitu SPRM dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam writ saman itu, Abdul Khalid mendakwa dirinya difitnah ekoran kenyataan akhbar yang dibuat Ahmad Said pada 21 Februari 2009, bertajuk “There is evidence Khalid misused powers” yang ditulis oleh Audrey Dermawan dan diterbitkan The New Straits Times di mukasurat 2 akhbar terbabit.

Saman itu dikemukakan Abdul Khalid berhubung ekoran perkataan yang didakwa memfitnahnya berhubung dakwaan menyalahguna dana kerajaan bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban dan menyelenggara kereta.

Abdul Khalid mendakwa, kenyataan akhbar yang menurutnya mengandungi perkataan fitnah dan intipatinya telah diterbitkan oleh media tempatan.

Berikutan penerbitan itu juga, beliau mendakwa reputasi beliau secara peribadi dan juga penjawat awam terjejas terutamanya kedudukan rasmi beliau sebagai Menteri Besar, Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

Lantaran itu, beliau menuntut ganti rugi, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah menghalang defendan daripada melafazkan, bercakap, menulis atau menerbitkan artikel perkataan yang memfitnahnya.

Dalam pernyataan tuntutan hari ini, beliau bagaimanapun tidak menyatakan berapakah jumlah pampasan yang diminta.

Sementara itu, peguamnya, Sankara Nair ketika ditemui berkata, Ketua Pesuruhjaya SPRM, di bawah Akta SPRM tidak diberikan kuasa untuk menyatakan hasil siasatan kepada pihak media.

Katanya, kuasa mutlak untuk menentukan sama ada terdapat bukti yang cukup hanya terletak pada Peguam Negara.

“Oleh itu kita dapati mereka telah melanggar akta tersebut,” katanya menambah, tindakan beliau mendakwa anak guamnya merupakan satu serangan ke atas reputasi dan bertujuan memfitnah.

Pada 20 Februari lalu, Ahmad Said telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya ada bukti dan keterangan kukuh berhubung dakwaan Abdul Khalid menyalah guna dana kerajaan bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban dan menyelenggara kereta. - MURIZA ABDUL HAMID

Sumber: selangorkini.com.my

Continue reading...

Monday, April 27, 2009

PRK Penanti: Penamaan 23 Mei, Mengundi 31 Mei

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri N.12 Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei ini, dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 31 Mei.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh keluar writ ditetapkan pada hari ini manakala tarikh notis dikeluarkan pada Khamis ini.

“SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 17 April berhubung dengan kekosongan kerusi bahagian pilihan raya N.12 Penanti berikutan peletakan jawatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan Mohammad Fairus Khairuddin melalui suratnya bertarikh 19 Mac 2009.

“Sehubungan ini, setelah meneliti pemakluman oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang serta salinan surat peletakan jawatan oleh ADUN berkenaan yang dilampirkan bersama pemakluman tersebut maka SPR dengan ini bersetuju bahawa kerusi bahagian pilihan raya DUN N.12 Penanti adalah disahkan kosong berkuat kuasa 17 April lalu,” katanya pada persidangan akhbar di sini hari ini.

Mohammad Fairus, 33, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan peletakan jawatannya pada 16 April lalu.

Pada pilihan raya umum tahun lalu, Mohammad Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi.

Abdul Aziz berkata Daftar Pemilih yang akan digunakan pada pilihan raya ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) tahun lepas yang dikemaskini sehingga 16 April lalu, yang mengandungi 15,384 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, katanya 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.

Beliau berkata SPR mensasarkan kira-kira 80 peratus jumlah pengundi yang akan keluar mengundi pada hari tersebut memandangkan hari mengundi adalah hari Ahad, di mana sebanyak 82.1 peratus pengundi keluar mengundi untuk kawasan itu pada pilihan raya umum lalu.

Katanya SPR akan menggunakan Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi manakala bagi urusan pengundian pos, proses pengeluaran dan pengiraan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah. - BERNAMA

Continue reading...

Krisis Perak Misi Terancang Umno/BN

Krisis politik Perak yang berlanjutan sejak 5 Februari lalu adalah satu misi terancang yang didalangi dan dicetuskan oleh Umno dan Barisan Nasional menurut pengerusi biro undang-undang DAP Perak, Nga Hock Cheh.

Beliau yang berucap sebagai salah seorang ahli panel Jumaat lalu pada forum bertajuk “Perak and BN Government: Legal or Constitutional Grab” anjuran National Press Club kelmarin memberitahu kemelut politik itu adalah angkara tidak sabar Umno dan BN untuk berkuasa di Perak setelah Pakatan Rakyat dinobatkan sebagai kerajaan mutlak pilihan rakyat menerusi Pilihan Raya Umum ke 12 Mac tahun lalu.

Nga yang merupakan seorang peguam kanan menyifatkan krisis politik Perak sebagai satu tragedi yang menimpa rakyat negeri itu.

Menurut Nga lagi tindakan meletak jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Jamaluddin Mat Radzi, ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu, kedua-duanya daripada Parti Keadilan Rakyat, serta ADUN Jelapang daripada DAP, Hee Yit Foong adalah titik tolak kepada rancangan rampasan kuasa Umno dan BN yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini.

Beliau mengandaikan rampasan kuasa itu sebagai seekor lembu yang dilepaskan dari tali pengikatnya.

Peristiwa kudeta haram itu kata beliau lagi tidak berhenti di situ sahaja tetapi dalam masa yang sama turut mengheret institusi raja-raja, bidang legislatif yang diketuai Speaker dan institusi kehakiman.

Jelas Nga pembabitan ketiga-tiga pihak termasuk kuasa eksekutif sebenarnya tidak banyak membantu untuk menyelesaikan kemelut politik secara adil malah ia semakin menyulitkan keadaan sehingga mendedahkan peranan badan kehakiman yang kelihatan tidak lagi berkecuali.

Beliau yang yang menjadi salah seorang anggota panel peguam Speaker, V. Sivakumar menyimpulkan bahawa krisis tersebut itu hanya dapat diselesaikan jika merujuk semula kepada rakyat untuk membuat penentuan mutlak.

Nga berkata hanya pilihan raya mampu menyelesaikan masalah dan jika ini berlaku tidak ada siapa yang akan mempersoal dan mempertikaikannya.

Sehubungan itu beliau menafikan dakwaan seorang anggota panel forum, Datuk Shafee Abdullah yang mengatakan krisis politik bermula sejak 8 Mac tahun iaitu selepas keputusan pilihan raya umum lalu.

Lebih 2,000 orang menghadiri forum yang diadakan di Dewan Bandaran Ipoh.

Sumber: tvantara.com
Continue reading...

PAS 'tolak ansur', mahu benarkan calon bukan Islam guna lambang Bulan

PAS mengambil satu lagi langkah 'bertolak ansur' dengan mahu membenarkan calon bukan Islam menggunakan lambang parti itu ketika pilihan raya dalam usaha menarik lebih ramai penyokong bukan Islam.

Ketika mengesahkan perkara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Salahuddin Ayub berkata, cadangan membolehkan calon-calon bukan Islam untuk menggunakan lambang parti itu akan diputuskan secara muktamad oleh Majlis Syura Ulamak yang akan bermesyuarat selepas Muktamar tahunan parti bulan Jun ini.

"Perkara itu (cadangan untuk membenarkan calon bukan Islam menggunakan lambang PAS) telah dibincangkan secara serius dalam mesyuarat bulan Jawatankuasa PAS pusat bulanan minggu lalu.

"Kami (Dewan Pemuda PAS pusat) menyokong penuh keputusan yang telah diputuskan oleh jawatankuasa pusat," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, Majlis Syura mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak cadangan yang dikemukakan itu.

Majlis Syura Ulamak PAS dianggotai oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Harun Din dan Abdul Ghani Shamsuddin.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, dalam mesyuarat jawatankuasa pusat itu hampir kesemua sayap parti itu bersepakat untuk bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan itu.

"Ahli-ahli parti juga tidak ada masalah berbangkit dalam hal ini. Mereka memberi sambutan yang hangat terhadap isu ini.

"Mungkin ini masa yang sesuai untuk pucuk pimpinan menimbangkan dengan lebih mendalam mengenainya," katanya.

Pada pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lalu, buat pertama kalinya PAS membenarkan calon bukan Islam daripada Parti Keadilan Rakyat bertanding di kawasan kerusi 'milik' PAS iaitu bahagian Dewan Undangan Negeri Seri Medan, Johor.

Bagaimanapun calon tersebut, Saja @ Mearaj Patani tewas kepada Ahmad Zahri Jamil dari BN dan Umno.

Ditanya adakah perkara tersebut akan mengubah perlembagaan PAS sekali gus membuka keahlian parti itu kepada masyarakat bukan Islam, Salahuddin berkata:"Setakat ini belum ada lagi. Namun kita tidak menolaknya. Kita perlu lihat kepada pendekatan politik semasa."

"Jika pendekatan itu mampu menyatupadukan rakyat tanpa mengira kaum mungkin ia akan dipertimbangkan," katanya lagi. - mstar
Continue reading...

Zambry Cuba Tukar Speaker



Kerajaan kudeta Umno/Barisan Nasional Perak dipercayai sedang berusaha mencari jalan untuk mengganti Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dari Pakatan Rakyat pada sidang DUN 7 Mei depan.

Menurut Misbahul Munir Masduki Setiausaha Politik Menteri Besar, perkara ini tidak mustahil dilakukan Umno dan BN memandangkan mereka telah pun melakukan kudeta secara haram sejak dari mula dan tidak lagi menghormati lunas-lunas perlembagaan dan undang-undang.

"Dari mula mereka sudah lakukan rampasan kuasa dan menukar speaker juga tidak mustahil kerana Umno dan Barisan Nasional tidak segan-silu untuk melanggar semua perundangan dan peraturan.

"Walau bagaimanapun sekiranya ini berlaku ia tidak akan menyelesaikan krisis politik di Perak selagi DUN tidak dibubarkan sebagaimana yang telah kita berkali-kali tegaskan.

"Ini sahaja penyelesaian muktamad yang boleh merungkaikan segala masalah yang kita hadapi sekarang, selain daripada pendekatan itu ia hanya akan merumitkan lagi keadaan," kata Misbahul ketika dihubungi TV Antara.

Bagi tujuan menjelaskan isu-isu penting yang bersangkutan dengan krisis politik Perak, sekretariat Pakatan Rakyat akan menganjurkan "road show" selama empat hari bermula 27 April.

Isu-isu ini termasuk keputusan-keputusan mahkamah dalam kes bersangkutan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Speaker, V. Sivakumar serta sidang DUN 7 Mei depan..

Ceramah pertama akan diadakan esok di Padang Tembak, Teluk Intan, diikuti pada 28 April di Titi Gantung, Parit, 29hb April di Mambang Diawan, Kampar dan berakhir pada 30 April di Masjid Tinggi, Bagan Serai.

Misbahul berkata isu-isu yang dibangkitkan pada siri ceramah itu akan diperjelas dan dikupas oleh Datuk Seri Mohammad Nizar, Sivakumar, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan pimpinan-pimpinan PR Perak.

"Siri ceramah ini penting untuk memberikan maklumat terkini dan betul kepada rakyat Perak berhubung isu-isu rampasan kuasa, sidang 7 Mei, kes-kes mahkamah dan lain-lain.

"Ini perlu supaya rakyat tidak terkeliru dan terpengaruh dengan dakyah dan penipuan Umno dan Barisan Nasional yang ingin menonjolkan kerajaan mereka sebagai kerajaan yang sah walhal hakikat adalah sebaliknya," jelas beliau lagi.

Sumber: tvantara.com

Continue reading...

PKPIM desak tarik balik keputusan kabinet

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mendesak kabinet menarik balik keputusannya yang menyatakan bahawa status anak-anak kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.

Dalam satu kenyataaan hari, Naib Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, PKPIM mengkritik sekeras-kerasnya keputusan kabinet itu.

Kabinet membuat keputusan itu pada 23 April lalu sebagai langkah untuk menyelesaikan pertikaian antara Mohd Ridzuan yang dilaporkan baru memeluk agama Islam dan isterinya Indra Ghandhi berhubung status agama tiga anak mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.

Muhammad Faisal berkata, keputusan jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri di JPM Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga dianggap tidak tepat kerana ia dibuat dengan cara tergesa-gesa tanpa merujuk kepada pihak yang berautoriti seperti mufti.

"Memandangkan isu ini amat berkait rapat dengan persoalan perundangan Islam, seharusnya pihak kabinet membuat penelitian dengan lebih mendalam dengan mengambil kira pandangan mereka yang pakar terlebih dahulu sebelum memutuskan apa-apa keputusan.

"Justeru, PKPIM berpandangan tindakan kabinet yang membuat ketetapan tersebut tanpa sebarang rujukan kepada tokoh ulamak adalah sesuatu yang amat mengecewakan," tegas Muhammad Faisal.

PKPIM juga,katanya, melihat tindakan kabinet itu amat bercanggah dengan prinsip pengasingan kuasa antara pihak mahkamah dan eksekutif.

'Campuri bidang kehakiman'

"Ini kerana tindakan tersebut secara jelas telah menggambarkan usaha dari pihak eksekutif untuk campur tangan dalam perkara yang melibatkan bidang kuasa kehakiman, sedangkan pihak kehakiman sepatutnya bebas dalam mengadili sesuatu pertikaian tanpa diganggu oleh apa yang diputuskan kerajaan.

"Berdasarkan kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa si bapa mempunyai autoriti dan kuasa untuk mengislamkan anak berlandaskan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan walaupun tanpa persetujuan ibu.

"Sementara itu, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun perlu ditentukan oleh ibu-bapa(salah seorang) atau penjaga.

"Manakala Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 telah memperuntukkan bahawa seorang anak yang berumur 18 tahun ke bawah boleh memeluk agama Islam sekiranya ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga anak tersebut memberi keizinan," kata Muhammad Faisal.

Oleh itu, katanya, PKPIM mengkritik sekeras-kerasnya tindakan kabinet yang "membuat keputusan secara tidak berhemah dan tergopoh-gapah memandangkan kes itu masih dibicara melalui proses mahkamah di Mahkamah Tinggi Syariah Perak".

Sehubungan itu, katanya, PKPIM turut mendesak kabinet menarik balik keputuan yang telah ditetapkan demi menjaga kelestarian prinsip demokrasi dan keutuhan kuasa pihak mahkamah.

Sumber: malaysiakini.com
Continue reading...

KeADILan pecat 16 ahli khianati parti

KUALA LUMPUR, 27 April (Hrkh) - Parti KeADILan Rakyat memecat 16 orang ahlinya, yang didapati bersalah mengkhianati parti itu, semasa kempen pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali berkata, keputusan tersebut dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti yang diadakan semalam.

Katanya, pemecatan tersebut berkuatkuasa serta merta mulai 26 April 2009.

"Mereka ini bertanding sebagai calon menentang calon parti, menyokong calon yang menentang calon parti, mengkritik parti melalui media dan mengisytiharkan diri keluar dari parti dalam ceramah atau melalui media.

"Mereka melakukan kesalahan-kesalahan tersebut dalam Pilihanraya Kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini," jelas beliau.

Nama-nama yang dipecat adalah seperti berikut:

1. Moganakumar a/l Subramaniam (Bahagian Merbok, Kedah)
2. Jayagopal a/l Andaikalam (Bahagian Pokok Sena, Kedah)
3. Abdul Hamid Othman (Bahagian Padang Serai, Kedah)
4. Roslan A. Hamid (Bahagian Padang Serai, Kedah)
5. Abu Bakar Din (Bahagian Baling, Kedah)
6. Abdul Wahab Mat Isa (Bahagian Sik, Kedah)
7. Mustafa Hassan (Bahagian Sik, Kedah)
8. Kalai Vanar a/l Bala Sundram (Bahagian Jerai, Kedah)
9. Deivanai a/p Krishnan (Bahagian Jerai, Kedah)
10. Abu Bakar Hamid (penaja Bahagian Pendang, Kedah)
11. Ahmad bin Ayub (penaja Bahagian Pendang, Kedah)
12. Azhar Ahmad (penaja Bahagian Jerlun, Kedah)
13. Dr Ambrose Labang (Bahagian Julau, Sarawak)
14. Wong Kee Kai (Bahagian Julau, Sarawak)
15. Rajang Anak Unau (Bahagian Julau, Sarawak), dan;
16. Kudik Untung (Bahagian Julau, Sarawak)._

Continue reading...

Kabinet Umno, perangi rasuah dan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia

DATO' Seri Najib Razak seperti mahu menekankan beliau sememangnya serius untuk melakukan perubahan dalam Umno, sambil menyampaikan mesej jelas bahawa beliau turut berusaha keras bagi menawan semula empat negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat, melalui rombakan besar barisan pengerusi perhubungan dan jawatankuasa pengurusan parti itu, Jumaat lalu.

Meskipun gimik perubahan yang cuba dicetuskannya pada hari pertama mengangkat sumpah sebagai perdana menteri telah ditolak oleh pengundi Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Najib masih menyandarkan harapan agar team barunya ini dapat mengembalikan sokongan rakyat kepada BN. Namun formula pembaharuannya tidak menjadi; imiginasi rakyat gagal menjangkau apa yang diangan-angankannya.

Tarik sokongan pengikut Anwar

Pemerhati politik melihat Najib seakan mahu menarik sokongan pengikut Dato' Seri Anwar Ibrahim apabila melantik beberapa tokoh muda yang dilihat pernah cenderung dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam Kabinet dan juga memberi jawatan strategik dalam parti kepada mereka. Malah, kalau mahu disenaraikan, rasanya agak ramai juga menteri dan timbalan menteri di bawah Najib yang dikatakan pro-Anwar satu ketika dahulu.

Walaupun dilihat ada elemen perubahan semasa melantik Menteri Kewangan II, Dato' Ahmad Husni Hanadzlah sebagai Bendahari dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan, namun apabila mengekalkan ahli politik kontroversi, Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Setiausaha Agung, keputusan Najib itu tidak jauh bezanya dengan kelaziman perdana menteri sebelum ini yang meletakkan orang yang berkeupayaan melakukan misi "yang dikehendaki" meskipun ianya mempunyai imej negatif.

Najib juga melantik pengerusi perhubungan Umno yang baru untuk negeri-negeri Pakatan Rakyat, iaitu Dato' Mustapa Mohamad (Kelantan), Dato' Seri Mohd Shafie Apdal (Kedah), Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Pulau Pinang) dan beliau sendiri di Selangor, selain Tan Sri Muhyiddin Yassin di Wilayah Persekutuan, yang menyaksikan hanya satu kerusi Parlimen, Setiawangsa, dipertahankan BN.

Erti mengekalkan Ali Rustam

Bagaimanapun, tindakan Najib mengekalkan Dato' Seri Mohd Ali Rustam, tokoh yang digugurkan kelayakan untuk bertanding Timbalan Presiden Umno walaupun mempunyai harapan cerah untuk menang, kerana disabit dengan politik wang, bagi mengetuai Umno Melaka, maka janji perubahannya memang ternyata retorik kosong.

Kita teringin juga mendengar komentar pengerusi badan disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddin mengenai pengekalan jawatan Ali di Melaka itu. Mungkin veteran Umno itu perlu meletakkan jawatan atau sekali lagi membuat cadangan menggemparkan sepertimana beliau pernah mengesyorkan agar sayap Puteri, Wanita dan Pemuda dimansuhkan bagi membanteras amalan rasuah politik.

Jika Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak dilantik apa-apa jawatan dalam Kabinet kerana dikaitkan dengan dakwaan bahawa beliau membeli undi dan mengamal rasuah politik dalam pemilihan lalu, apa pula alasan Najib untuk tidak menyingkirkan Ali? Begitu juga dengan perlantikan Tan Sri Rafidah Aziz sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT), yang selama ini terpalit teruk dengan tuduhan "menjual" AP oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, dan sebelum itu dikaitkan dengan amalan rasuah di Miti, seperti didedahkan Anwar kepada BPR.

Tentunya tidak mudah untuk meneka apakah kayu ukur yang dipakai Najib bagi melantik anggota jemaah menteri atau barisan pimpinan Umno. Pastinya ia tidak disandarkan kepada sejauh mana seseorang itu bersih daripada rasuah atau salahguna kuasa. Seperti presiden Umno terdahulu, kriteria terpenting tidak lain adalah kesetiaan dan keupayaan melakukan "misi yang dikehendaki".

Najib-Muhyiddin pasangan sementara

Misalnya, dalam kes Muhyiddin, yang dipilih Najib sebagai regunya, walaupun ramai menjangkakan mereka hanya "pasangan sementara". Najib terhutang budi kepada Muhyiddin disebabkan kelantangannya mendesak Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur segera daripada jawatan no 1 dalam kerajaan dan Umno, malah lebih cepat daripada perancangan awal.

Apabila Zahid mengumumkan untuk bertanding merebut jawatan timbalan presiden Umno, Najib khabarnya segera menitahkan bekas Ketua Pemuda Umno itu mengadapnya. Najib dikatakan memarahi Zahid, yang tidak memaklumkan hasrat untuk bertanding jawatan no. 2 itu kepadanya. Disebut orang bahawa tokoh yang meminta Zahid bertembung dengan Muhyiddin adalah Abdullah sendiri. Zahid pernah menjadi setiausaha politik Najib dalam jangka waktu yang agak lama. Meskipun berpotensi dapat mengatasi Muhyiddin, Zahid akhirnya terpaksa menarik diri.

Perlantikan Rafidah juga dikira mempunyai elemen sama, yakni difaktorkan oleh, antara lain, rasa terima kasih Najib atas kelantangan bekas Ketua Wanita itu untuk menggesa Abdullah bersara lebih cepat. Tengku Adnan yang dikaitkan dengan klip video VK Lingam juga dilihat mampu menjadi panglima paling setia kepada Najib dan sanggup melakukan "taktik kotor" untuk menjayakan misi presiden parti.

II. Apa nak dirayakan pada Hari Kebebasan Akhbar Sedunia

Pada 3 Mei depan, seluruh dunia akan menyambut Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, yang diiktiraf secara rasmi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mulai 1993. Menurut PBB, 3 Mei adalah hari untuk: (1) menggalakkan dan membina usaha bagi menyokong kebebasan akhbar; (2) menilai kebebasan akhbar di seluruh dunia; (3) mengingatkan kerajaan masing-masing agar menunjukkan iltizam untuk menghormati kebebasan akhbar; (4) menyedarkan orang ramai betapa pentingnya akhbar itu bebas; (5) mengingatkan petugas-petugas media dan menggalakkan debat di kalangan mereka betapa pentingnya kebebasan akhbar dan etika kewartawanan; (6) mengenang jasa wartawan yang terkorban di seluruh dunia; dan (7) menyatakan sokongan kepada media dan petugas media yang menjadi mangsa tindakan-tindakan menghalang, atau usaha menghapuskan, kebebasan akhbar.

Semasa saya mengetuai Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) pada 2001, beberapa program khusus dianjurkan, antara lain mengadakan siri pertemuan dengan Suhakam, khususnya bersama Naib Pengerusinya, Almarhum Tan Sri Harun Hashim. Suhakam digesa memainkan peranan aktif untuk campur tangan setiap kali wujud kes-kes penutupan akhbar dan majalah di negara ini. Ketika itu kecoh soal pengharaman majalah Detik dan Wasilah yang saya sendiri kendalikan (permit disewa daripada rakan-rakan pemegang permit). Akhbar mingguan politik, Eksklusif turut dibatalkan permit penerbitan, manakala Harakah dicantas kekerapan penerbitannya, daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan.

Apa kuasa Suhakam

Tidak banyak yang boleh dilakukan Suhakam bagi mempromosikan kebebasan akhbar di negara ini, apatah lagi mengembalikan permit penerbitan yang diharamkan KDN. Justeru, dalam satu pertemuan dengan Harun Hashim, secara spontan saya memberikan gred merah D kepada prestasi Suhakam. Saya kira usaha paling berkesan untuk memperjuangkan hak media adalah dengan penggemblengan suara rakyat dan masyarakat sivil yang lebih teratur dan sistematik.

Ramai masih tidak jelas apa yang mahu dituntut oleh pejuang kebebasan akhbar. Malah, rakyat mungkin kurang menyedari kepentingan atau peri mustahaknya media diberikan ruang secukupnya untuk melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan. Media independen dapat memastikan gejala rasuah dan salahguna kuasa dapat dibanteras, selain menyuburkan amalan demokrasi yang matang.

Menurut Jeremy Pope dalam bukunya Strategi Membanteras Korupsi, yang diusahakan bersama dengan Transparency International, media yang bebas sama pentingnya dengan kehakiman yang independen. Tingkat kebebasan media adalah tingkat yang dapat dicapainya untuk melaksanakan fungsi pengawasan masyarakat yang efektif atas perilaku kakitangan awam. Dikutip pandangan seorang editor Time Inc, Henry Grunwald bahawa "pemerintah yang terpilih secara demokratis dan patuh sekalipun dapat dengan mudah menjadi pemerintah yang korup bila kekuasaannya tidak diawasi oleh akhbar yang bebas".

Setelah sekian lama menyepi, tiba masanya KAMI kembali berperanan, sekurang-kurangnya untuk merayakan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia tahun ini, walaupun saya sendiri kurang arif, ya ... apa yang mahu dirayakan sebenarnya? _

Continue reading...

Umno Terengganu, Kelantan tandus pemimpin wibawa

BACHOK, 26 April (Hrkh) - Adakah krisis dalaman Umno di Terengganu selesai dengan pelantikan Dato' Seri Hishammuddin Hussien sebagai pengerusi baru Perhubungan Umno menggantikan Dato' Ahmad Said.

Sedangkan hasrat 10 Adun Barisan Nasional (BN) yang diketuai Dato' Seri Idris Jusoh mahu Ahmad bukan sahaja dilucut jawatan pengerusi perhubungan, sebaliknya tidak lagi mengetuai kerajaan negeri.

Namun apa yang berlaku sekarang Ahmad kekal menerajui kerajaan Terengganu biar pun diturunkan kedudukan sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno.

Mengulas perkembangan itu, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pelantikan orang luar mengetuai Umno Terengganu menggambarkan tiada pemimpin tempatan yang layak.

Katanya, Umno terpaksa membawa Naib Presidennya, Dato' Seri Hishamuddin mengetuai Umno Terengganu bagi meredakan keadaan.

Oleh itu beliau berkata, krisis tersebut memberi peluang lebih luas kepada PAS mengkukuhkan kedudukan di Terengganu bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

"Memang kita ada peluang daripada awal lagi cumanya kita mahu pilihan raya dilakukan dengan adil. Di Terengganu terdapat perkara yang luar biasa di mana pengundi lebih 50 peratus daripada penduduk negeri.

"Dan ia perlu dibersihkan daftar pemilih terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung PAS Bachok kali ke-52 di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang juga anggota parlimen Bachok.

Jumaat lalu, Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak mengumumkan perubahan pengerusi perhubungan Umno di beberapa negeri termasuk Terengganu diketuai Hishamuddin dan Dato' Mustapa Mohamad menggantikan Tan Sri Annuar Musa di Kelantan.

Mengulas isu sama, Pengerusi Perhubungan KeADILan Kelantan, Aziz Abdul Kadir berkata, pelantikan Mustapa mengetuai Umno Kelantan tidak mengejutkan.

Sebaliknya kata beliau Umno kekurangan tokoh untuk diketengahkan sehingga terpaksa melantik pemimpin yang pernah menjadi pengerusi Umno negeri sebelum ini.

"Tukar balik di kalangan pemimpin yang sama. Ini sudah cukup menggambarkan Umno Kelantan benar-benar ketandusan pemimpin berwibawa untuk diketengahkan," katanya. - mj _

Continue reading...

Semangat '1 Malaysia' umpama Pepsi Cola - Ustaz Hadi

KOTA BHARU, 26 April - 'Satu Malaysia' tidak lebih sebagai gimik politik. Ini kerana demokrasi berparlimen yang dilaungkan di negara ini seakan-akan tidak mengiktiraf negeri yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat.
Iklan

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan Barisan Nasional yang menguasai persekutuan tidak mengiktraf demokrasi berparlimen khususnya terhadap negeri yang dimenangi PAS dan Pakatan Rakyat.

"Macam mana hendak dikatakan 'Satu Malaysia', apabila PAS menang di Kelantan, Terengganu dan Perak, mereka tidak iktiraf. Antara usaha dilakukan melambatkan peruntukan kewangan.

"Selain itu mereka melantik Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) sedangkan perlantikan JKKK di bawah bidang kuasa negeri.

"Macam mana dikatakan Satu Malaysia. Bahkan apa yang dilakukan BN sekarang untuk berpecah belah, bukan untuk menyatukan Malaysia," katanya kepada pemberita ketika menghadiri satu program di sini, baru-baru ini.

Oleh itu beliau meminta Dato' Seri Najib Razak menyatukan Umno terlebih dahulu sebelum berhasrat hendak satukan Malaysia.

Beliau juga berkata, kenyataan menteri yang mahu mengkaji semula pendekatan Islam Hadhari seumpama Pepsi cola apabila dicabut tudung, keluar buih kemudian buih hilang begitu saja.

"Samalah dengan konsep Satu Malaysia yang ditimbulkan sekarang," katanya. - mj _
Continue reading...

Saturday, April 25, 2009

Kabinet Najib bunuh amar ma'ruf

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyifatkan kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak membunuh amar ma'ruf bila memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan (lihat Utusan Malaysia 24/4/09).

"Najib dan kabinet dia dah jadikan Malaysia kuboq (tanah perkuburan) da'wah.

"Mak ayah yang masuk Islam tak boleh nak dakwah anak dia sendiri sampai jadi Islam. Bunuh da'wah, bunuh amar ma'ruf. Nahi mungkar dah lama depa bunuh," katanya ketika kami berbual dalam telefon. Saya tak sempat jumpa dia petang semalam. Hanya dapat berbual dalam telefon sahaja.

"Sampai ugama kita pun Ong Tee Keat , Koh Tsu Koon, Bernard Dompok yang tentukan boleh da'wah ka, tak boleh ka, ni dah melampau Najib ni," katanya lagi.

Datuk Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan), Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Tan Sri Bernard Dompok (Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi) adalah antara anggota kabinet Najib.

"Bagi tanah kat penduduk kampung baru Cina depa marah sangat, depa juai (jual) ugama tak pa pulak. Susah payah Nabi Muhammad da'wahkan Islam, depa senang-senang juai ugama. Bunuh amar ma'ruf".

Keputusan itu (lihat petiakn berita di bawah) bercanggah dengan perintah Allah yang mewajibkan kita melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar. Nabi Muhammad s.'a.w. dahulu berperang apabila da'wah Islam dalam keadaan aman disekat oleh penguasa-penguasa angkuh dan zalim.

Keputusan itu juga membunuh hak ibu atau bapa yang memeluk Islam melaksanakan tugas membentuk anak-anaknya seperti yang tergambar dalam riwayat berikut: Setiap anak Adam itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibu bapanya yang menjadikan ia Yahudi, Majusi dan Nasrani.

Bunuh ajaran Islam (amar ma'ruf nahi mungkar) rupa-rupanya boleh pulak dalam hukum hakam depa. Yang tak boleh bagi tanah tapak rumah kat orang Cina penduduk kampung baru.

Kalau Cina yang kaya raya macam kompeni KL Kepong, bagi sampai 22,000 ekar pun tak pa. Kalau Cina kaya raya macam kompeni YTL, bagi tanah rezab Melayu pun tak pa.

Bagi tanah tapak rumah kat Cina rakyat biasa tak boleh. Sebab tu la sampai la ni menggelejat marah sangat sebab bagi tanah kat Cina kampung baru. Macamlah orang-orang Cina di Malaysia ni tak bayar cukai hingga tak ada hak apa satu pun.

Sedih sangatlah kononnya. Sebak. Piirahhh!

Bagaimana pula nasib Melayu yang macam nak mampuih meneroka tanah untuk tempat berteduh dan cari makan? Cari makan, bukannya kerana nak kaya.

Berikut apa yang peguam Haji Salleh Buang tulis (PDF di sini):
Kes Sidek & 461 Ors lwn. Kerajaan Negeri Perak [1982] 1 MLJ 313, Raja Azlan Shah CJ (Malaya) memutuskan bahawa “Setinggan tidak ada hak di sisi undang-undang atau ekuiti” (Squatters have no rights in law or equity).
Petikan berita bertajuk "Anutan anak ibu bapa tukar agama kekal" (Utusan Malaysia 24/4/09):
Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu tukar agama dan terbaru berkaitan dengan kes K. Pathmanaban dari Ipoh yang membawa tiga anaknya memeluk Islam, baru-baru ini.

Kata Mohamed Nazri, keputusan itu adalah berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Tiga kanak-kanak berkenaan iaitu Tevi Darsiny, 12; Karan Dinesh, 11 dan Prasana Diksa, setahun, yang dibawa memeluk Islam oleh Mohd. Ridzuan pada 12 April lalu dengan hanya menggunakan bukti sijil kelahiran.

Continue reading...

Ayat Puteri Gunung Ledang Tok Guru Nik Aziz

Dah baca isi hati anak Tok Guru Mursyidul Am, Ustaz Nik Abduh? Dasat jugak perdebatan dalam postingnya yang bertajuk "Kerja-kerja bodoh dalam PAS".

Saya tak nak campur. Saya tak suka dua-dua. Nak berkendak dengan Umno saya meluat. Gila (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) tahap Tampoi sampai tak hormat Presiden pun saya meluat. Meluat sungguh-sungguh!

Namun apa yang menarik dalam posting Ustaz Nik Abduh ialah petikan kata-kata ayahnya. Saya tak la tau membaca isi hati Tok Guru Mursyidul Am PAS. Tetapi, Ustaz Nik Abduh yang saya hormati menulis seperti berikut:

Selamba saja ayahanda memberi komen. "Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama."

Setakat cetek dan dangkal saya, secara zahirnya kata-kata tersebut tak ubah seperti kata-kata Puteri Gunung Ledang kepada Tun Mamat bangang pecacai raja ketika puteri itu mengenakan syarat yang luar biasa kepada Sultan Mahmud dengan tujuan untuk menolak peminangan raja bodoh yang rakus dan kurang ajaq itu.

Kalau saya tak betul, tolonglah betulkan. Maklumlah, saya ni sekolah menengah pun tercicir. Lebih dari itu, Tok Guru Mursyidul Am bukan ayah saya. Manalah saya nak tau baca fikiran dia.

Setakat tu saja la ulasan saya. Tak berani nak lajak sangat dalam memberi ulasan.

Tetapi yang saya nak ulas sangat ialah beberapa komen dalam blog ni yang menuntut Tok Guru Presiden berundur. Saya hormati pandangan dan keinginan depa.

Tapi saya teringat perbualan saya dengan seorang bekas pensyarah UKM. Dengan begitu cermat dan sopan, dia menyatakan kegelisahannya terhadap kepimpinan Tok Guru Presiden.

Saya lalu mengajak dia melengung dengan saya fikir seorang demi seorang pemimpin PAS dalam Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Nama Tok Guru Mursyidul Am kami tolak siap-siap. Kami sependapat, dah elok dah Tok Guru Nik Abdul Aziz berada pada jawatannya sekarang.

Kami sama-sama tak ada kepentingan. Yang bekas pensyarah tu ada PhD. Dia pun dah senang lenang dah. Tak payah nak minta apa satu pun dari PAS. Saya pulak, walaupun Tok Guru Presiden melayan saya seperti manusia, tetapi saya yakin dia bukannya berkenan kat saya. Saya tak percaya saya boleh melunakkan hatinya terhadap saya walaupun saya membodek dia sampai tunggin buyung sekalipun.

Kami lalu menyebut nama demi nama. Semua nama yang disebut kami sepakat menolak. Tak dak seorang pun yang layak dan berhak untuk berada pada jawatan Presiden PAS. Lemah macam mana pun Tok Guru Abdul Hadi, belum ada yang layak menggantikannya.

Yang beria-ia sangat bagi komen kat blog ni nak undurkan Tok Guru Abdul Hadi, berapa orang dari hampa yang tua atas jalan? Tau apa dia tua atas jalan? Pi sana sini buat kerja parti sehingga lebih banyak usia dihabiskan atas jalan dari di rumah bersama keluarga.

Berapa orang yang tua atas jalan kerana Islam?!

Sumber: penarikbeca.blogspot.com
Continue reading...

Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tempoh bulan madu anda semua dalam mengecapi semua kejayaan kurniaan Allah pada ketika ini telah berakhir.

Semua Ketua AMK JDM dalam Bahagian Kota Raja harus bangun dari lamunan bahawa kita akan menang mudah dalam PRU akan datang. Buangkan sikap tersebut dan terus berusaha. Kejayaan tidak akan datang tanpa usaha, Usaha yang dilakukan sambil lewa tidak mendatangkan sebarang kejayaan. Anda menentukan masa depan anak cucu dan pimpinan negara akan datang. BUAT LAH KERJA.

Rang Daftar Pemilih Tambahan suku ke pertama bagi tahun 2009 sudah dipamerkan mulai 22 - 28 April 2009. Gerakerja Semakan, Tuntutan dan Bantahan perlu dilakukan dalam tempoh pameran tersebut (7 hari).

Sila download fail Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama mengikut DUN:

i) DUN N49 Sri Andalas
ii)DUN N50 Sri Muda

Sila ambil perhatian untuk DUN Sri Andalas kerana ada pertambahan Daerah Mengundi/DM yang dinamakan sebagai:-

1) 111/49/17 JALAN RAYA TIMUR
2) 111/49/18 TAMAN KLANG JAYA 2
3) 111/49/19 SENTOSA DATO ABDUL HAMID 2

Manakala untuk DUN Sri Muda DM adalah kekal sebanyak 17 bermula dengan 111/50/1 SHAH ALAM S27 berakhir dengan 111/50/17 HAJI HUSIN JALAN KEBUN.

Semua JDM Bahagian Kota Raja sila buat tindakan lanjut berpandukan lampiran Gerak Kerja & Prosedur

Tuntutan/Bantahan seperti yang dilampirkan.

N49 DUN Sri Andalas.pdf
3081K View Download
N50 DUN Sri Muda.pdf
3079K View Download
GERAK KERJA SEMAKAN SUKU 1-09 JPN.pdf
16K View Download
PROCEDUR MEMBUAT TUNTUTAN & BANTAHAN[1].pdf
21K View Download
Continue reading...

Eksklusif: Terbongkar, Siapakah Hilmi Malek Dan Kisah Sebenar Disebalik Insiden Gambar Separuh Bogel Wakil Rakyat Bukit Lanjan Elizabeth Wong!

Insiden "gambar separuh bogel" yang melibatkan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong telah menggemparkan seluruh negara baru-baru ini. Malah, pengedaran gambar Elizabeth menerusi internet, telah menyebabkan beliau akhirnya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan yang disandangnya itu. Elizabeth yang juga Ketua Penerangan Wanita Keadilan Pusat itu begitu tertekan dan amat kecewa dengan apa yang berlaku. Malah beliau rela melepaskan jawatannya itu demi membersihkan imej dan maruah peribadinya yang sedikit tercemar dengan isu tersebut. Susulan daripada kontroversi itu telah menyebabkan Elizabeth Wong diberikan cuti rehat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas itu. Ramai yang menjangkakan bahawa Elizabeth akan kekal dengan hasrat beliau untuk melepaskan jawatan, tambahan pula dari riak air mukannya ternyata beliau memang sudah bertekad mahu mengundur diri. Namun segalanya tidak menjadi kenyataan, bila beliau akhirnya kembali menjalankan tugasnya sebagai Exco dan ADUN Bukit Lanjan. Sesuatu yang amat mengecewakan puak-puak UMNO dan Barisan Nasional Selangor, terutamanya Khir Toyo dan kuncu-kuncunya. Mereka berharap agar satu pilihanraya kecil dapat diadakan di Bukit Lanjan. Sudah pasti kantung mereka akan kembali terisi, bila limpahan projek "mee segera" dipunggah ke kawasan itu. Namun segala impian itu akhirnya berkecai apabila melihat Elizabeth kembali bertugas minggu lalu. Ketika isu ini hangat diperkatakan dulu, nama bintang paling popular yang disebut-sebut sebagai "dalang"nya ialah bekas tunang Elizabeth sendiri iaitu Hilmi Malek. Cuma kehebatannya gagal mengatasi Saiful Bukhari Azlan yang kononnya "mangsa liwat" Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. Soalnya sekarang siapakah Hilmi ini sebenarnya, dan apakah benar beliau terlibat secara langsung dalam kes ini atau adakah kemungkinan adanya pihak ketiga yang telah mencaturkan segala yang terjadi ini.

Si Hilmi Rupanya Adalah Anak Dato' Malek


Beliau kini amat dikehendaki oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes Elizabeth Wong itu. Menurut polis beliau dipercayai berada di luar negara dan kemungkinan besar di Batam Indonesia, berdasarkan kepada maklumat awal yang diterima setakat ini. Kami cuba untuk menyiasat dan membongkarkan perkara sebenarnya yang berlaku dan siapakah Hilmi Malek (foto) ini. Namanya tiba-tiba popular, malah wajahnya yang tampan itu memang dapat menyaingi kehebatan Saiful Bukhari. Persoalannya, kenapakah hingga ke hari ini pihak polis masih belum berjaya mengesan Hilmi Malek, walhal mereka tahu beliau berada di Indonesia?. Bukankah polis kita cekap dan profesional menjalankan tugas mereka. Kenapakah tidak digunakan khidmat Interpol untuk menangkap anak muda terbabit dan dibawa balik ke Malaysia. Malah, sewajarnya pihak polis tutur mendapatkan kerjasama polis Indonesia bagi menangkap Hilmi Malek. Beliau kini seolah-olah tidak diapa-apakan oleh pihak berkuasa. Inilah yang amat memusykilkan kita. Maka itu kami cuba mendapatkan gambaran sebenar siapakah Hilmi Malik, anak muda yang pernah bekerja di Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian. Namun dikatakan sudah berhenti mulai bulan Januari 2009 yang lalu.. Bak kata pepatah Melayu "Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih", maka itu kami hairan kenapakah polis kita begitu sukar untuk menjejaki Hilmi yang sudah diketahui lari ke Indonesia itu. Apakah polis Malaysia langsung tidak mempunyai jaringan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak?. Maka, kami cuba menyelongkar siapakah dia sebenarnya Hilmi Malek ini. Siasatan sulit kami mendapati rupa-rupanya beliau adalah merupakan anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pelangai, Bentong Pahang sebelum Dato' Seri Adnan Yaakob Menteri Besar sekarang ini. Bapanya dikenali dengan nama Dato' Malek mewakili UMNO dan BN bagi kerusi itu sebelum diambilalih oleh Adnan. Namun, berita terkini beliau dikatakan telah kecewa dengan UMNO dan BN dan kini bersama dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dalam Pakatan Rakyat. Patutlah mereka tidak berani mendedahkan identitinya Hilmi Dato' Malek yang sebenarnya, kerana mereka malu dengan senario ini.

Di Manakah Hilmi Malek Berada Sekarang

Ramai yang tertanya-tanya, di mana sebenarnya Hilmi berada sekarang. Apakah benar beliau masih melarikan diri ke Indonesia. Maka kami cuba membuat risikan perkara ini. Rupa-rupanya kini Hilmi sebenarnya tidak lagi berada di Malaysia, tetapi telah berada di rumahnya di Ampang Selangor. Memang benar beliau telah lari ke Batam Indonesia buat seketika selepas insiden ini dihebohkan. Menurut sumber, beliau lari bukan kerana takut atau sebagainya. Sebaliknya beliau berbuat demikian kerana tidak tahan dengan perangai puak-puak UMNO yang terus datang ke rumahnya dengan membawa "habuan wang" supaya beliau meneruskan pendedahan gambar bogel Elizabeth Wong. Gambar yang disiarkan dilaman-laman internet itu sebenarnya bukanlah dilakukan oleh Hilmi. Mana mungkin beliau tergamak melakukan demikian, sedangkan beliau masih bersama Pakatan Rakyat. Maka itu bagaimana ia boleh berlaku. Kemungkinan besar pihak polis telah menggeladah rumanya untuk mendapatkan bukti-bukti hubungan beliau dengan Elizabeth. Maka akhirnya mereka berjaya mendapatkan gambar dari telefon bimbit Hilmi, yang pernah dirakamkan ketika Elizabeth sedang tidur di rumahnya. Maka dengan gambar-gambar itulah, menyebabkan Elizabeth tertekan bahkan kecewa dengan tindakan Hilmi yang merupakan bekas teman lelakinya itu. Hilmi tertekan dan tidak sanggup melakukan lebih dari itu, lantaran mahu menjauhkan diri daripada puak-puak UMNO inilah menyebabkan beliau terpaksa lari ke Indonesia. Anehnya, ketika di Indonesia tidak ada langsung pihak polis yang menjejaki beliau. Malah ketika beliau masuk semula ke Malaysia baru-baru ini, pihak Imigresen Malaysia juga tidak menahan beliau. Begitu juga ketika beliau berada di rumahnya sekarang.Tidak ada langsung kelibat anggota polis yang cuba menangkap beliau untuk didakwa dalam kes ini. Kenapa ia berlaku? Sebabnya ialah Hilmi tidak mahu bersubahat dengan mereka. Jika beliau mahu bersubahat, sudah pastilah beliau akan mendapat untung dan ganjaran besar yang sungguh lumayan sebenarnya.

Siapakah Dalang Dan Perancang Kes Elizabeth

Soalnya sekarang, kenapa pihak polis tidak menangkap Hilmi dan masih mengatakan beliau berada di Indonesia?. Mungkini juga jika beliau ditangkap sudah pasti Hilmi akan menceritakan siapakah dalang disebalik insiden ini. Lantaran itulah pihak polis mendapat arahan agar kes ini diredakan dahulu. Mereka takut Hilmi akan mendedahkan tentang penglibatan pemimpin UMNO negeri dalam usaha menjatuhkan serta memalukan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ini. Mujurlah, teman lelaki Elizabeth yang pernah berkhidmat dengan parti itu masih konsisten dalam tugasannya. Jika beliau boleh dijual beli, sudah pasti Elizabeth akan menerima padah yang lebih besar jika banyak lagi perkara dibongkarkan selepas ini. Kami amatlah pasti bahawa dalang sebenar di sebalik insiden ini ialah pihak-pihak yang kalah dalam pilihanraya umum ke-12 lalu. Mereka kini mencari berbagai jalan untuk mengambil alih kuasa Kerajaan Negeri Selangor, sama seperti apa yang berlaku di Perak dulu. Inilah yang amat diharapkan. Namun bila Elizabeth Wong kembali menjalankan tugasnya, begitu kecewalah puak-puak berkenaan melihat segala apa yang berlaku dihadapan mata mereka ini sebenarnya. Musnahlah segala harapan untuk mendapatkan projek-projek pilihanraya. Mahu ditangkap Hilmi, takut rahsia terdedah. Akhirnya dibiarkan anak muda itu tanpa sebarang tindakan, atas alasan beliau kini melarikan diri ke Indonesia.

[Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas pihak berkenaan yang memberikan maklumat sulit ini untuk didedahkan oleh Pahang Daily Online. Justeru itu, sedarlah kita kini bahawa apa yang berlaku kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong itu adalah satu konspirasi terancang pihak berkenaan menjatuhkan imej dan maruah Pakatan Rakyat di negeri itu. Kononnya mereka mahu rakyat percaya bahawa pemimpin pembangkang memang tidak bermoral langsung. Walhal gambar yang diambil itu adalah mengganggu peribadi Elizabeth sendiri. Kami juga akan mendedahkan lagi maklumat berkaitan selepas ini. Terima kasih atas sokongan semua].

Sumber: pahangdaily.blogspot.com
Continue reading...
 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009