AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Sunday, January 18, 2009

Harga Minyak Turun Lebih 8 Peratus

Harga Minyak Turun Lebih 8 Peratus

16 Jan -- Harga minyak turun lebih dari 8 peratus pada Khamis, seiring dengan semakin menjunamnya ekonomi yang menimbulkan kerisauan kemungkinan permintaan minyak dunia akan terus merosot pada tahun ini.

Minyak mentah Amerika Syarikat merosot $2 dolar 74 sen menjadi $34 dolar 54 sen setong.

Pada pukul 2.10 pagi waktu Malaysia hari ini, ia jatuh ke paras $33 dolar 20 sen, jumlah terendah sejak 19 Disember.

Harga minyak telah menurun lebih dari $110 dolar dari rekod tertinggi $147 dolar yang tercatat pada bulan Julai tahun lalu.

Ia dipercayai akibat tekanan impak krisis ekonomi global.


-- BERITA24



Fakta: Harga minyak mentah telah jatuh 74.83% (hampir 3/4 kali ganda), manakala harga runcit minyak di Malaysia cuma turun dari 1/3 kali ganda sahaja! Tidak sampai 50% penurunannya. Bagaimana kerajaan bn dan umno boleh mengatakan kerajaan prihatin hanya dengan penurunan yg amat kecil ini, dan seterusnya meminta rakyat Malayisa beryukur pada kerajaan bn??

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009