KENYATAAN MEDIA - 10 DIS 2008
Share
Yesterday at 2:29pm
PELANTIKAN TIMBALAN-TIMBALAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR (UNISEL)
SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat menerusi satu mesyuarat bersama Ahli Lembaga Pengarah Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYS)/UNISEL pada 9 Disember 2008 telah membuat keputusan untuk melantik Timbalan-Timbalan Naib Canselor UNISEL baharu.
Perlantikan yang baharu adalah seperti berikut:
1. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik
Profesor Dr. Haji Anuar bin Haji Ahmad
2. Timbalan Naib Canselor Perancangan Strategik dan Pembangunan
Profesor Dr. Ir. Muhamad bin Daud
3. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar
Profesor Madya Zainal Abidin bin Kidam
Pelantikan mereka dibuat setelah mengambilkira kelayakan dan pengalaman akademik, pengurusan dan pentadbiran, gaya kepimpinan, keperibadian dan professionalism serta pengiktirafan tempatan dan antarabangsa. Mereka akan memulakan tugas secara rasmi pada 16 Disember 2008 dan diberi kontrak selama tiga tahun.
Berikutan pelantikan baharu ini, Prof. Dr. Khalifah bin Othman akan menamatkan tugas sebagai Pemangku Naib Canselor UNISEL berkuatkuasa pada 15 Disember 2008. Bagaimanapun, beliau akan terus menjawat jawatan Dekan UNISEL Graduate School of Management.
Pada waktu yang sama, Lembaga Pengarah juga telah bersetuju untuk melantik Prof. Dr. Haji Anuar bin Haji Ahmad sebagai Pemangku Naib Canselor UNISEL mulai 16 Disember 2008 sehingga Naib Canselor yang baharu memulakan tugasnya pada 1 Mac 2009.
Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pengarah juga telah mengenalpasti calon yang berkelayakan untuk memegang jawatan Naib Canselor UNISEL. Beliau merupakan seorang tokoh korporat dan akademik yang disegani serta mendapat berbagai pengiktirafan di peringkat tempatan dan antarabangsa serta komited untuk membangunkan peluang-peluang pendidikan, latihan dan pekerjaan kepada golongan belia di Malaysia. Pengumuman rasmi perlantikan beliau akan dibuat pada waktu yang sesuai kelak.
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
Baguslah, jangan lagi kita melantik orang yang suka tiru signature orang lain dan yang suka laga pipi dengan artis bollywood.
0 comments:
Post a Comment