AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, March 21, 2012

98 ahli akademik M'sia di luar negara tuntut hak mengundi


Seramai 98 ahli akademik rakyat Malaysia di seberang laut mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyemak semula peraturan untuk membolehkan pendaftaran pengundi secara otomatik dan memberi hak mengundi sepenuhnya kepada semua rakyat Malaysia yang menetap di luar negara.

Mereka menyokong petisyen kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak supaya menghalang penghijrahan cendekiawan melalui pilihan raya bersih yang merupakan tuntutan masyarat akademik Malaysia di luar negara untuk Pilihan Raya Umum ke-13.

Mereka terdiri daripada profesor pensyarah kanan hingga pensyarah kanan dan pelajar kedoktoran yang sedang mengajar atau belajar di Amerika Syarikat (35), Singapura (18), Australia (8), United Kingdom (7), Jepun (6), Taiwan (6) , Kanada (3), Jerman (3), Hong Kong (3), China (2), Belanda (2), New Zealand (2), Ireland (1), Qatar (1) dan Arab Saudi (1).

Mereka menandatangani petisyen itu termasuk tokok pendidikan berprofil tinggi seperti Ong Nai Phuan (Profesor Eugene Higgins Fizik, Universiti Princeton), Tan Chee Beng (Profesor Antropologi, Universiti Cina), Ho Engseng (Profesor Antropologi Budaya, Universiti Duke), Johan Saravanamuttu ( Felo Pelawat Penyelidikan Kanan , Institut Kajian Asia Tenggara) dan Khoo Boo Teik (Felo Eksekutif Penyelidik Lamam, Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun,).

Inisiatif mereka juga disokong oleh tokoh pendidikan terkemuka termasuk Profesor Wang Gungwu, salah seorang pengasas Gerakan yang kini bersama dengan Universiti Nasional Singapore dan Pengerusi Institut Asia Timur, Ahli antropologi terkemuka di peringkat antarabangsa Profesor Ong Aihwa dari Universiti California- Berkeley dan Profesor Mohamed Zain dari Universiti Putra Malaysia.

Dalam petisyen itu, mereka memuji Najib kerana menubuhkan TalentCorp Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha untuk menarik cendekiawan pulang ke Malaysia, tetapi mengingatkan perdana menteri bahawa aliran keluar golongan tersebut adalah juga disebabkan oleh faktor-faktor seperti rasuah yang berleluasa, salah urus dan pencabulan hak asasi manusia di negara ini.

"Penghijrahan cendekiawan tidak boleh disekat tanpa reformasi politik seperti reformasi pilihan raya, reformasi badan kehakiman dan reformasi media," kata mereka dalam petisyen tersebut.

Oleh itu, mereka menggesa Najib supaya berjanji bahawa pilihan raya umum akan datang tidak akan diadakan sebelum lapan tuntutan BERSIH 2.0 dilaksanakan sepenuhnya.

Mereka juga melahirkan rasa kecewa dengan perkembangan terkini mengenai hak mengundi rakyat Malaysia yang menetap di luar negara.

"Walaupun peruntukan yang jelas dalam Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan, hak kami dinafikan oleh Peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya dan penafian tersebut malangnya telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi pada 6 Januari, 2012."

Pada hari itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak satu permohonan enam rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di United Kingdom untuk didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir atas alasan bahawa mereka tidak terletak di bawah kategori "pengundi tidak hadir".

Cadangan oleh jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) bagi reformasi sistem pilihan raya untuk memberi hak mengundi kepada semua rakyat Malaysia di luar negara, masih dibincangkan oleh SPR.


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009