AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, September 11, 2009

Roonie Liu Sedia Di Soal Siasat


Shah Alam, 11Sept2009 - Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Kiew dijangka dipanggil sebagai saksi dalam Sesi Pendengaran Awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) pada hari keempat, hari ini.

Walaubagaimanapun Sesi pendengaran Awam itu telah ditunda sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri, ini berikutan SELCAT mahu menyelesaikan kes-kes pada tahun 2008 terdahulu.

Sementara itu Roonie Liu yang ditemui TvSelangor berkata, beliau sudah bersedia untuk disoalsiasat oleh SELCAT.

“Saya telah bersedia dan saya telah mendapatkan dokumen, gambar dan semua bukti-bukti untuk peruntukanyang telah saya gunakan,bila-bila masa diperlukan,”katanya.

Menurut Roonie lagi, beliau menggunakan peruntukkan yang diberikan
sepenuhnya untuk kegunaan rakyat.

“Saya akan menggunakan pendengaran SELCAT itu untuk memberi penjelasan dan memberitahu rakyat bagaimana saya menggunakkan wang rakyat untuk rakyat dan mengapa peruntukan ini cepat habis,sebab saya datang dari Klang.Klang ini sangat unik,terdapat banyak pertubuhan Cina, India,dan Melayu dan bukan itu sahaja malah mereka ini aktif.Disini terdapat kuil,temple,pertubuhan kebudayaan, dan juga terdapat sekolah menengah persendirian disini,”ujarnya.

“Dan mereka ini aktif, bila aktif kita selalu mendapat jemputan dan pada masa yang sama mereka minta sumbangan.Di Klang ini juga masih ada ramai rakyat yang miskin jadi dua faktor inilah mereka datang ke pejabat saya dan sebagai pemimpin Pakatan Rakyat serta sebagai seorang Exco saya perlu memberi bantuan itu kepada semua orang ini.Jadi wang ini cepat habislah,”ujarnya lagi

Sementara itu Rooney turut menggesa SELCAT menyoal siasat ahli-ahli UMNO-BN memandangkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM/MACC) dan Polis tidak akan menyoal siasat mereka dan ini secara tidak langsung mendedahkan perkara sebenar kepada orang ramai.

“Orang diluar sana,mereka tidak faham apa yang berlaku sekarang dalam SELCAT ini,dan mereka turut mempersoalkan mengapa tidak disiasat Ahli-ahli BN ini, mereka hendak tahu.Mereka tahu MACC dan Polis tidak akan siasat Ahli-ahli BN.Jadi mereka hanya bergantung kepada SELCAT untuk tahu kebenaran yang sebenar,”katanya.

“Bagaimanapun saya berharap agar SELCAT menjalakan siasatan terhadap Ahli-ahli BN termasuk Khir Toyo, Ahli-ahli MCA dan sebagainya.

Sumber: Selangorkini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009