AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, September 15, 2009

Penempatan Pengundi "Rahsia" Najib Dikawal Rapi



Pendedahan Suara Keadilan berhubung penempatan rahsia pendatang asing Rohingya di Sungai Miang dalam Parlimen Pekan, Pahang telah menyebabkan kawasan itu dikawal rapi oleh pihak tertentu.

Lebih 2,000 rakyat Myanmar itu telah dibawa masuk beransur-ansur ke Sungai Miang atas alasan bercucuk tanam. Mereka diberikan hak kerakyatan bagi membolehkan mereka mengundi untuk Najib dan calon BN lain dalam kerusi Parlimen Pekan.

Sejak berita itu didedahkan Suara Keadilan dua minggu lalu, laluan keluar dan masuk ke perkampungan serba moden itu di tutup kepada pelawat luar.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang, G. Ponusamy (Ram) yang meninjau kawasan itu tidak dibenarkan masuk oleh pengawal yang ditempatkan di pintu masuk perkampungan yang dikenali sebagai Kampung Baru Cenderawasih.

"Saya pergi ke kawasan tersebut untuk meninjau dan melihat penempatan pendatang asing tersebut tapi dihalang oleh pihak keselamatan kampung
itu.

"Sekumpulan orang di situ menghalau dan kemudian mengejar saya dengan kereta sehingga ke bandar Pekan," tambah beliau.

Ponusamy berkata pengalamannya membuktikan laporan Suara Keadilan mempunyai asas kukuh.

"Kalau tidak, kenapa halang orang ramai masuk ke sebuah kampung. Apa yang Najib ingin sorok dan rahsiakan daripada rakyat," tanya beliau.

Beliau mendakwa sebuah kenderaan yang dipercayai dinaiki sekumpulan pendatang tersebut mengekori keretanya hingga ke Pekan setelah menyedari kehadiran beliau di penempatan itu.

Laporan eksklusif Suara Keadilan mendedahkan lebih 2,000 pendatang Rohingya dari Myanmar di bawa masuk dari Langkawi, Kedah sejak 2003 untuk membuat penempatan di Pekan, Pahang.

Setiap keluarga diberi tanah percuma seluas satu ekar, elaun RM500 sebulan, rumah berlot persendirian berharga antara RM200,000 hingga RM500,000, gerai jualan nenas percuma serta bantuan agensi seperti Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan FAMA.

Kampung itu dilengkapi dengan segala kemudahan awam seperti bekalan eletrik dan air, tanah perkuburan, jalan raya serta padang permainan.

Dalam satu tinjauan, orang ramai membidas layanan istimewa yang diberikan kepada warga Rohingya itu manakala ribuan rakyat tempatan di Pahang terus hidup dalam kemiskinan dan sebagai setinggan.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009