AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, September 14, 2009

Pemulihan Ekonomi Negara Masih Lagi Perlahan



Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad mengatakan prestasi ekonomi negara ketika ini masih berada dalam keadaan lesu semenjak ianya ditadbir oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau menegaskan ketika ekonomi negara lain sedang beransur pulih tetapi ianya tidak pula berlaku di negara ini.

“Sejak ekonomi melanda sampai ke hari ini, ekonomi kita masih gagal untuk menunjukkan prestasi yang baik. Ketika ekonomi di negara lain misalnya telah menunjukkan pemulihan, tapi di Malaysia kita masih rasakan lagi keadaan ekonomi kita begitu.

“Ini menunjukkan dasar liberalisasi yang telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Razak sebaik sahaja beliau menjadi Menteri Kewangan dan seterusnya Perdana Menteri di negara kita belum lagi membuahkan hasil,” katanya.

Beliau turut menyatakan secara purata dari tinjauan umum yang dibuat terhadap peniaga-peniaga dan penjaja-penjaja di sepanjang bulan Ramadhan ini rata-rata menyatakan keluhan mereka terhadap keuntungan yang merosot dan kenaikan harga-harga barang.

“Bulan Ramadhan ini saya banyak buat program turun ke pasar-pasar Ramadhan dan secara umumnya apabila saya turun dan berjumpa penjaja di pasar Ramadhan, reaksi mereka mengatakan perniagaan mereka jauh lebih teruk daripada tahun lepas.

“Semua terasa dari kesempatan ekonomi yang melanda, tanyala mana-mana peniaga dan orang yang terlibat dalam perniagaan, mereka akan memberi jawapan yang sama,” katanya.

Nik Nazmi menegur perancangan yang dibuat oleh Najib Razak dalam menguruskan ekonomi negara yang begitu mengecewakan kerana bertumpu hanya pada sektor-sektor kecil.

“Rakyat tidak lagi merasakan apa-apa kerana dasar-dasar yang beliau perkenalkan hanya tumpu kepada sektor-sektor kecil ekonomi tanpa memberi sebarang penekanan kepada ekonomi rakyat yang ramai.

“Sebab itu sampai hari ini, kita masih lihat bagaimana keadaan ekonomi yang masih lagi lesu bagi semua rakyat yang tinggal di Malaysia ini,” katanya.

Mengulas lanjut masalah ekonomi ini, beliau berkata Pakatan Rakyat yang baru mentadbir Selangor tidak sampai dua tahun tetapi berjaya merakyatkan dasar ekonomi negeri Selangor.

“Pada masa yang sama, kalau kita bezakan bagaimana sejak Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor dengan keadaan kita yang baru dan masih lagi muda berbanding dengan BN yang sudah pun memerintah lima puluh tahun, kita berjaya merakyatkan dasar ekonomi negeri Selangor.

“Sebelum ini tidak pernah sekali pun oleh kerajaan BN. Kerana apa? Kerana kita tahu di negeri Selangor ini merupakan negeri yang paling kaya, negeri yang mewah mempunyai hasil yang begitu banyak, jadi sebab itulah kita ambil pendekatan untuk kongsi kekayaan di negeri ini bersama rakyat negeri Selangor,” katanya.
Nazmi turut membuktikan kenyataan beliau apabila dalam tempoh tidak lebih daripada dua tahun tampuk pimpinan PR, Selangor telah berjaya mengumpul RM11 bilion ringgit daripada pelaburan rakyat dan orang luar yang yakin dengan kestabilan politik di negeri ini.

“Pada masa yang sama, dalam kita menekankan dasar perkongsian kekayaan di negeri Selangor ini, tahu bahawa penting kita mencipta kekayaan. Tidak ada gunanya kita berkogsi kekayaan, tetapi kekayaan itu tidak ada.

“Jadi sebab itu, kita perkenalkan beberapa dasar, Mesra Pelabur, Mesra Peniaga sehingga tahun lepas negeri Selangor berjaya mengumpul RM11 bilion ringgit daripada pelaburan dan merupakan jumlah tertinggi dalam tempoh sembilan tahun,” katanya.

Beliau turut berasa simpati terhadap Umno BN apabila semakin terdesak untuk memulihkan imej mereka yang tercemar teruk ekoran keyakinan rakyat yang semakin terhakis.

“Sebab itu, kita lihat dalam keadaan kerajaan PR yang masih baru ini yang terdiri daripada PAS, Keadilan dan DAP dapat memperkenalkan pembaharuan ini maka Umno BN kehilangan punca. Mereka tidak tahu bagaimana hendak menghadapi PR yang memperkenalkan dasar-dasar ini kerana selama ini mereka tidak pernah terfikir.

“Oleh itu, dalam keadaan mereka begitu terdesak, selepas satu demi satu pilihan raya kecil mereka tewas maka akhirnya mereka terpaksa memainkan satu-satu perkara yang mereka tahu iaitu sentimen perkauman,” katanya.

Beliau turut mengatakan Umno BN kehilangan modal apabila seringkali terpaksa memainkan modal politik pecah dan perintah yang telah digunakan sekian lama oleh parti itu.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009