AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, September 16, 2009

PEMENANG Minta Perhatian Najib



Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) dan gabungan NGO Melayu Pulau Pinang akan menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya memberi perhatian terhadap nasib penduduk Kampung Tanjung Tokong yang berusia lebih 200 tahun.

Yang Dipertua PEMENANG Datuk Yusof Abdul Latif berkata surat berkenaan meminta Najib campur tangan dalam menyelesaikan isu antara pemaju UDA Holdings dan penduduk kampung yang diarah untuk berpindah.

Menurutnya tapak kampung berkenaan merupakan kampung warisan yang terbina 200 tahun sebelum kehadiran penjajah Inggeris dan sekiranya dimusnahkan maka hilang sejarah Melayu di negeri tersebut.

“Pemenang menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh penduduk Tanjung Tokong supaya pihak pemaju tanah tersebut mengambil kira tentang ciri-ciri keaslian kampung Tanjung Tokong itu sebagai kampung warisan Melayu,” katanya.

Sebelum ini penduduk menyatakan kesedian untuk berpindah demi pembangunan di kampung berkenaan namun berharap supaya separuh dari kampung itu dikekalkan menjadi kampung warisan orang Melayu Pulau Pinang.

“Mengikut sejarahnya, Tanjung Tokong merupakan penempatan orang Melayu lebih dari 200 tahun yang lalu iaitu sebelum kedatangan Francis Light datang ke Pulau Pinang. Pemenang akan sampaikan saranan kita ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya mengambil kira kedudukan itu kerana UDA merupakan satu badan agensi kerajaan,” katanya.

Pemaju UDA Holdings, pernah berjanji kepada penduduk untuk memberikan surat pampasan sah dan mempamerkan pelan pembangunan keseluruhan Tanjung Tokong di pejabat cawangannya di Prima Tanjung.

UDA Holdings adalah dibawah GLC atau agensi Kerajaan yang bertindak sebagai penjual projek perumahan di kawasan tebus guna yang diperolehinya dengan harga yang sangat minima kepada pasaran bebas.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009