AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, September 16, 2009

Dapatkan Kebenaran Untuk Guna Nama Pulau Pinang



Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan nama ‘Pulau Pinang’ tanpa mendapat kebenaran dari kerajaan negeri.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata terdapat banyak kes di mana pihak-pihak berkenaan menggunakan nama ‘Pulau Pinang’ bertujuan untuk mendapatkan perhatian umum antara tajuk sesebuah majalah dan program.

“Rakyat Pulau Pinang boleh membezakan acara yang mana di taja dan disokong atau kerjasama dengan kerajaan negeri. Kami menerima beberapa aduan mengenai pertubuhan termasuk majalah yang menggunakan nama Pulau Pinang tanpa kebenaran kerajaan negeri,” katanya.

“Saya mahu menjelaskan bahawa perkataan ‘Pulau Pinang adalah milik kerajaan negeri dan rakyatnya. Kerajaan negeri mempunyai kuasa sama ada perkataan ‘Pulau Pinang' boleh digunakan,” katanya.

Menurutnya perkataan 'Pulau Pinang' merupakan hak kerajaan negeri dan sekiranya terdapat pihak yang mahu menggunakan perkataan itu perlu terlebih dahulu mendapatkan kebenaran dan merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ataupun Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Jika mahu menggunakan perkataan ‘Pulau Pinang’ adalah penting untuk mendapatkan kebenaran dari kerajaan negeri dan lihat undang-undang yang ada,” katanya.

Guan Eng turut mengakui terdapat beberapa kes bersangkutan perkara ini namun enggan mendedahkan dengan lebih lanjut.

Menurutnya isu seperti ini akan memberi kesan kepada institusi pendidikan, warisan tapak sejarah dunia dan juga institusi pelancongan negeri Pulau Pinang.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009