AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, September 14, 2009

Bapa Altantuya Tarik Balik Kes Terhadap Gani



Bapa kepada mangsa pembunuhan pegawai pengiring Perdana Menteri Najib Abdul Razak, Shaariibuu Setev menarik balik permohonan mendesak Peguam Negara merayu terhadap keputusan mahkamah membebaskan penganalisa politik Abdul Razak Baginda.

Peguam Karpal Singh berkata tindakan in dibuat selepas pihaknya mendapati keputusan untuk merayu dalam kes ini terletak sepenuhnya pada budi bicara Gani.

Beliau menambah beban kos yang tinggi sekiranya rayuan ini dibawa Mahkamah Persekutuan juga diambil-kira.

"Saya terima arahan untuk menarik balik kes ini, namun kita akan tetap teruskan saman terhadap dua anggota polis terbabit dan Abdul Razak," katanya.

Hakim Hinshawato Shariff membenarkan permohonan Karpal untuk menarik balik kes berkenaan.

Shaariibuu menarik balik permintaan untuk memaksa Peguam Negara mengemukakan rayuan bantahan terhadap pembebasan Abdul Razak daripada kes tanpa dipanggil membela diri.

April lalu, dua pegawai polis Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah membunuh Altantuya dan dijatuhkan hukuman mati.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009