AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, September 10, 2009

32 Buah Surau Sekitar DUN Sri Andalas Terima Sumbangan Moreh


Telok Menegun, Klang, 10Sept - Sebanyak 32 buah surau di kawasan Dewan Undangan Negeri Sri Andalas, hari ini menerima sumbangan moreh sempena Ramadhan, tahun ini.

Setiap surau menerima sumbangan 400 ringgit dan disampaikan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang,Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud.

“Tahun ini Kerajaan Negeri bersama dengan JAIS telah mengumumkan setiap surau akan menerima RM400 dan masjid RM1000,”Katanaya.

Dr Xavier berkata, bagaimanapun terdapat surau yang belum mempunyai akaun bank, menyebabkan sumbangan itu belum boleh disampaikan.

“Saya difahamkan ada beberapa surau lagi belum menerima sumbangan moreh ini, samada surau-suarau tersebut belum ada akaun bank ada masalah lain yang tidak dapat saya pastikan,walau apapun sebelum raya ini,semua surau akan mendapatkan peruntukan itu,”ujarnya.

Justeru, beliau mennyarankan agar semua pengerusi jawatankuasa surau dan masjid membuka akaun kewangan secepat mungkin bagi memudahkan penyampaian sumbangan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Kampung Jawa, Ismail Abdullah berkata, sumbangan yang diterimanya hari ini banyak membantu pihaknya menjalankan aktiviti di suraunya.

“Alhamdullilah kami merasa bangga kerana Ahli Dewan Undangan Negeri dan JAIS dapat memberikan sedikit sumbangan kerana dengan sumbangan ini pihak surau dapat menjalankan aktiviti-aktiviti hariannya dengan sebaik mungkin,katanya.

Sementara itu, Dr Xavier berkata, penerima yang tidak hadir pada hari ini, diminta membuat tuntutan di pejabat DUN Sri Andalas pada waktu pejabat.

Sumber: Selangorkini

1 comments:

Remaung Enam Renjer on September 11, 2009 at 3:13 PM said...

Tahniah KEADILAN Selangor.
Tetapi berhati-hati dengan perbelanjaan yang dibuat. Kami tidak mahu kehilangan wakil PKR di Selangor terutamanya Menteri Besar mesra rakyat Datuk Seri Khalid.
Bravo PKR

Remaung6Renjer
Bukit Tunggal

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009